ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN
Campuran pemasaran (marketing mix) atau lebih dikenali
sebagai 4P yang merujuk kepada elemen strategi utama yang perlu direka bentuk
dan diurus oleh pemasar bagi menghasilkan proses pertukaran nilai yang
memaksimumkan kepuasan pengguna. Oleh itu, produk, perletakan harga, pengedaran
dan promosi merupakan empat elemen yang membentuk campuran pemasaran.
Bagaimanapun,
bagi pemasar perkhidmatan, campuran pemasaran bagi organisasi perniagaan
berkenaan dikenali 7P. Ini kerana, selain
perlu mereka bentuk strategi produk (perkhidmatan), perletakan harga,
pengedaran dan promosi, pemasar perkhidmatan perlu menyokong proses pemasar
perkhidmatan dengan menghasilkan :
·
Bukti-bukti fizikal (physical evidence) seperti tanda
perniagaan, tanda arah, perhiasan dalaman dan sebagainya.
·
Pengurusan manusia(person) iaitu, staf dan pengguna
·
Proses penghasilan perkhidmatan (process).
a)
Produk
Produk
merupakan tawaran pemasar untuk lihat (peragaan), dicuba dan digunakan untuk
tujuan peribadi, isi rumah, pengeluaran atau jual semula.Produk merangkumi dua
kategori utama iaitu, produk ketara (tangible) dan tidak ketara
(intangible).Produk ketara dikenali sebagai ‘barangan’ manakala produk tidak
ketara pula dikenali sebagai ‘perkhidmatan’.
Apabila organisasi sedang
mempertimbangkan untuk memperkenalkan produk ke dalam pasaran, mereka harus
bertanya diri sendiri soalan-soalan berikut:
1. Kepada siapa produk dikeluarkan?
2. Apakah faedah pelanggan akan
mengharapkan daripadanya?
3. Apa yang akan menjadi kelebihan
berbanding produk pesaing?
4. Bagaimana untuk Tempatkan produk
dalam pasaran?
Jawapan kepada soalan-soalan ini
akan membantu firma reka bentuk, pakej dan menambah nilai kepada produk mereka.Sebagai
contohnya Samsung Electronics Co. Ltd telah mengeluarkan produk terbaru mereka
iaitu Samsung Galaxy Tab
2.0. Samsung galaxy tab adalah komputer tablet yang mengunakan Android sebagai platform sistem operasi produk mereka. Ianyatelah dipasarkan
pada 2 Mac 2012 di IFA Berlin.
b)
Perletakan harga
Harga boleh di definisikan sebagai
nilai pertukaran sesuatu barangan atau perkhidmatan, dengan kata lain jumlah
dalam nilai wang yang sanggup dibayar oleh pembeli untuk sesuatu barangan atau
perkhidmatan. Harga yang dimaksudkan adalah harga tercatat yang merangkumi kos
tersembunyi. Harga yang tercatat merupakan harga selepas mengambil kira unsur
pembungkusan, pengeluaran, pengiklanan, pengangkutan dan margin keuntungan.
Perletakan harga pula merujuk kepada
pengurusan harga akhir yang dipilih oleh pemasar. Keputusan tentang perletakan
harga lazimnya dipengaruhi oleh tiga perkara utama iaitu, kos, pengguna dan
pesaing. Contohnya syarikat produa telah mengeluarkan kereta myvi dengan
pelbagai variasi iaitu kereta produa myvi se, myvi premium dan myvi basic.
Ketiga-tiga model ini mempunyai ciri dan harga yang berbeza bersesuaian dengan
kemampuan pelanggan.
c)
Pengedaran
Produk yang telah siap dan
dipadankan dengan tingkat harga perlu disalurkan ke pasaran menerusi sistem
yang dikenali sebagai saluran pengedaran untuk memudahkan produk diperolehi
oleh pengguna.Terdapat dua keputusan penting dalam saluran pengedaran, iaitu
keputusan tentang bentuk saluran dan pengurusan saluran.
Aspek saluran pengedaran produk berfungsi
sebagai medium untuk menyampaikan produk kepada pengguna sasaran.Ianya
melibatkan aktiviti perkhidmatan seperti transaksi, inventori, lojistik dan
kelengkapan fasiliti.Disamping itu, strategi ini juga perlu mengambilkira
faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap perkhidmatan mereka.
Menawarkan produk yang betul, di
tempat atau lokasi yang betul dan pada masa yang betul, adalah tujuan kepada
strategi ini.Kesemua ini sangat bergantung kepada keberkesanan saluran-saluran
pengedaran yang ditetapkan.Bagaimana produk ditempatkan di kalangan pengguna,
begitu jugalah penerimaan mereka.
d)
Promosi
Promosi
merupakan elemen dalam campuran pemasaran yang digunakan untuk memberitahu,
menyuruh dan mengingatkan pengguna tentang kewujudan sesuatu produk.Keadah-keadah
promosi seperti pengiklanan, promosi jualan, jualan perorangan, perhubungan
awam dan publisiti atau lebih dikenali sebagai campuran promosi, perlu diurus
bagi memastikan kejayaan menyeluruh untuk mempengaruhi pengguna.
Antara
kaedah promosi yang sering digunakan oleh syarikat Samsung ialah promosi melalui
majalah, media cetak,media elektronik dan sebagainya.Selain itu juga, syarikat
Samsung sering mengadakanpameran dagangan.Pameran dagangan merupakan pameran
formal untuk syarikat Samsungmemperkenalkan dan mendemonstrasikan produk mereka
kepada pelanggan berpotensi, danseterusnya kepada jualan. Sesetengah pelawat
yang ke pameran dagangan mungkin tidak akanmembeli produk pada hari lawatan
mereka ke pameran dagangan tetapi mereka boleh menjadi pembeli yang berpotensi
di masa hadapan.
CAMPURAN PEMASARAN DALAM SYARIKAT
DUCTH LADY MALAYSIA
Elemen
produk, harga, saluran agihan dan promosi adalah merupakan unsur pemasaran yang
digabungkan dan dibentuk menjadi strategi pemasaran syarikat Ducth Lady
Malaysia. Empat elemen ini dikenali juga sebagai campuran pemasaran :
1.
Produk (Product)
Produk
merupakan elemen utama dalam campuran pemasaran. Produk merupakan apa sahaja
yang ditawarkankepada pasaran yang selalunya mempunyai sifat-sifat yang dapat
menarik perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi
serta faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pengguna semasa melakukan
pertukaran. Pengguna selalunya bukan setakat mahukan produk, mereka mencari
beberapa manfaat yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Oleh itu,
tawaran produk syarikat ducth lady Malaysia merangkumi produk utama ditambah
lain-lain manfaat yang boleh menarik dan memujuk pengguna untuk membeli.
syarikat
ducth lady Malaysia juga menitikberatkan soal kualiti, reka bentuk dan kebersihan barangan bagi memastikan produk
yang ditawarkan benar-benar mencapai piawaian yang telah ditetapkan. Dari segi
pembungkusan pula, syarikat ducth lady Malaysia menggunakan cara pembukusan
yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, sesuai dan menarik ini kerana Pengguna
masa kini mula mencari produk atau keluaran yang mempunyai bungkusan dan
pelabelan yang menarik.
2.
Harga (Price)
Harga
adalah didefiniskan sebagai nilai yang harus dibayar oleh pengguna atau pembeli
kepada peniaga sebagai pulangan kepada barangan yang ditawarkan. Umumnya,
menjadi fahaman bahawa harga melambangkan kualiti produk. Tetapi, dalam realiti
pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan
harga yang strategik. Strategi penetapan harga menjadi penting di atas
kesedaran pemasar bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi pengguna
untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan sesuatu produk.
Di
masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan kepada objektif yang hendak
dicapai daripada pemasaran itu sendiri. Samaada memperkenalkan produk baru ke
pasaran, memasuki segmen baru pasaran, menstabil harga atau menandingi harga
pesaing, jualan penghabisan stok, jualan produk yang spesifik, dan sebagainya.
Strategi harga sepatutnya mempunyai kriteria yang berbeza kepada pemasar, harga
merupakan kaedah meghasilkan pendapatan dan mencipta keuntungan. Kepada pembeli
pula ianya melibatkan aspek seperti kemampuan membeli, berpatutan dan
berfaedah. Insentif lain seperti diskaun dan harga promosi dapat mempengaruhi
minat pengguna untuk membeli produk.
Bagi syarikat Ducth Lady Milk
Industries Bhd, pihak syarikatmengehadkan kenaikan harga ke atas semua produknya
hanya antara tiga hingga lima peratus bagi memastikan penguasaan pasarannya
tidak terjejas dan tidak akan menaikkan harga produk dengan ketara hanya untuk
mengaut keuntungan sementara.
“Sebaliknya kami bersedia mengurangkan margin keuntungan,
kerana bagi Dutch Lady penguasaan pasaran adalah lebih penting daripada
keuntungan singkat,” katanya mengulas laporan bahawa pengeluar produk
berasaskan tenusu terbesar tempatan itu akan menaikkan harga runcit beberapa
produknya berikutan kenaikan kos bahan mentah produk tenusu di pasaran dunia.
Ruygrok berkata, justeru syarikat sedia menyerap sebahagian
kos kenaikan bahan mentah, pada masa sama meningkatkan kecekapan pengeluaran
supaya kenaikan harga hanyalah minimum.
"Kami yakin jika mampu terus menjual lebih banyak unit
pada harga rendah, syarikat akan terus mencatatkan keuntungan,” Cess Ruygrok,
Pengarah Urusan Ducth Lady Malaysia.
(Sumber: Berita Harian)
3.
Tempat / Saluran Agihan( Place)
Tempat
atau saluran pengedaran adalah merupakan elemen pemasaran untuk memastikan
produk sampai kepada pengguna. Aspek penting dalam strategi tempat ialah
pengguna mendapat akses kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Produk
yang ditawarkan perlu berada ditempat yang sesuai dengan kualiti dan kuantiti
yang pengguna mahukan.
Pengedaran
boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Pengedaran langsung ialah
pengedaran di mana pemasar berhubung terus dengan pengguna atau terus dari
pengeluar kepada pengguna. Manakala pengedaran tidak langsung pula melibatkan
pemborong, orang tengah, peruncit dan lain-lain. Faktor-faktor penting di dalam
pemilihan saluran pengedaran ialah seperti :
·
Saiz pasaran
·
Ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
·
Strategi pemilihan orang tengah
·
Saluran pengedaran yang digunakan oleh pesaing
·
Keupayaan syarikat atau kebolehan pekerja
Menawarkan
produk yang betul, di tempat atau lokasi yang betul dan pada masa yang betul,
adalah tujuan kepada strategi ini. Kesemua ini sangat bergantung kepada
keberkesanan saluran-saluran pengedaran yang ditetapkan. Bagaimana produk
ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka.
(Saluran pengedaran yang di gunakan
oleh Syarikat Ducth lady Malaysia)
4.
Promosi (Promotion)
Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah) komunikasi yang digunakan untuk
memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk
yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-kaedah
promosi ini terdiri daripada
pengiklanan, promosi jualan , publisiti jualan, publisiti dan jualan
persendirian.
Terdapat juga anggapan bahawa produk yang
berkualiti akan terjual dengan sendirinya. Tetapi, dalam strategi mempromosi,
pemasar melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk yang hendak ditawarkan
kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah promosi perlu
dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya membuat
keputusan untuk menggunakan produk. Tanpa aktiviti promosi, pemasaran produk
yang berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri sukar memperoleh
tahap kompetitif yang dikehendaki di pasaran.
Untuk
menarik pengguna membeli produk bukannya tugas yang mudah. Mereka perlu
dipengaruhi, bukan setakat di perkenal sahaja. Mereka perlu diberi kesedaran
hingga mereka merasa perlu untuk membeli produk yang ditawarkan.
Saluran
pengiklanan melalui media massa utama, antara kaedah promosi yang digunakan
syarikat Ducth Lady Malaysia untuk mempromosi produk mereka. Walaupun tahap keberkesanannya
agak sukar diukur, tetapi yang lebih penting di sini adalah faktor penyebaran
maklumat produk yang meluas.
Di
samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain turut digunakan. Kaedah
memberi sample susu secara percuma kepada murid-murid di sekolah boleh membantu
mereka untuk menanam minat mereka terhadap susu seterusnya kepada jenama susu
Ducth Lady, ini merupakan salah satu kaedah untuk mengingatkan mereka kepada
jenama syarikat dan seterusnya menjadi pembeli yang setia pada masa hadapan.
CADANGAN KEPADA PENAMBAHBAIKAN ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN
1. Mewujudkan dan memantapkan pangkalan pelanggan dan pemasaran
pangkalan data
Untuk
mengenal dan menjalinkan hubungan erat dengan pelanggan, syarikat harus
mengumpulkan maklumat berkenaan pelanggannya dan menyimpan maklumat itu dalam
pangkalan data pelanggan dan kemudian melaksanakan pemasaran pangkalan data.
Pangkalan pelanggan adalah satu koleksi maklumat pelanggan atau bakal pelanggan
yang menyeluruh, semasa dan sedia digunakan untuk tujuan pemasaran seperti
penjanaan bakal pelanggan (lead generation), kelayakan bakal pelanggan (lead
qualification), Penjualan produk atau perkhidmatan atau penyelenggaraan
perhubungan pelanggan.
Pemasar
pangkalan pula adalah satu proses pembinaan, penyelenggaraan dan penggunaan
pangkalan data pelanggan dan pangkalan-pangkalan data lain (produk, agen,
pembekal) untuk tujuan komunikasi, mengurus niaga dan menyalin perhubungan erat
dengan pelanggan.
2.
Penggunaan medium baharu dan terkini
Pada zaman globalisasi dan kepesatan
teknologi jelaslah sekali terlalu banyak persaingan dalam perniagaan yang
dijalankan. Oleh yang demikian,syarikat Ducth Lady Malaysia seharusnya merebut
peluang secepat mungkin untuk menggunakan medium baharu dan terkini untuk
menarik pelanggan baharu serta untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Perniagaan
masa kini dapat dijalankan melalui laman sosial dengan cara memperkenalkan
sesuatu produk atau perkhidmatan sekali gus dapat mengiklankannya. Laman sosial
dilihat sebagai medium hebahan pelbagai maklumat dan ianya sangat berkesan
kerana rangkaiannya yang luas, kos yang murah, pantas dan menarik.
Dahulu perniaga sering mengiklankan
perniagaan mereka melalui poster, iklan , akhbar atau melalui media massa seperti
television dan radio. Kini media sosial seperti Facebook , Blog ,Youtube ,
Twitter dan lain-lain kini telah menjadi medium baharu untuk tujuan
mempromosikan barangan perniagaan. Dengan menggunakan media sosial seperti ini
membolehkan perniagamendapatkan pelanggan baru yang lebih banyak dan mendapat
maklum balas dengan lebih pantas dan berkesan.
Selain itu juga penggunaan medium
baharu ini dapat membina hubungan baik dengan pelanggan. Membina hubungan baik
adalah salah satu cara mengkembangkan perniagaan. Dengan media sosial
membolehkan kita berkongsi maklumat mengenai perniagaan kita kepada orang
ramai. Kini media sosial bukan sahaja sebagai mediaum untuk bersosial tetapi
juga untuk membantu dalam perniagaan.
3. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)& inovasi secara berterusan bagi menghasilkan produk bernilai
tinggi dan berkualiti
Kepentingan
aktiviti penyelidikan dan pembangunan R&D telah lama diketahui
umum.Aktiviti ini dapat membantu organisasi membangukan industri yang sedia ada
dengan pembaikan teknologi dan seterunya mempertahankan daya saing dalam
pasaran.Akitivi ini juga membantu dalam penghasilan produk yang bernilai tinggi
dan berkualiti.
Pelaburan
dalam R&D akan memberi pulangan atau keuntungan pada jangkamasa panjang
serta dapat meningkatkan daya saing sektor industri. Selain itu, melalui
Pembangunan teknologi hasil daripada
R & D sendiri, dapat meningkatkan kekuatan, kebangaan, dan pengiktirafan
terhadap barangan keluaran sendiri.
4. Mempelbagaikan bentuk promosi
Untuk menarik minat dan menggekalkan
pelanggan yang sedia ada pihak syarikat ducth lady Malaysia perlulah
mempelbagaikan bentuk promosi produk. Cara yang mungkin dapat digunakan oleh
syarikat adalah promosi dengan memberi sample percuma kepada orang ramai,
aktiviti permainan yang menghiburkan dengan kanak-kanak, promosi melalui
pendidikan di sekolah-sekolah, khidmat sosial, pertandingan inovasi penggunaan
produk dan sebagainya dapat mempromosi lagi produk dan dapat mengukuhkan lagi
jenama ducth lady.
5. Meletakan produk pada harga yang berpatutan
Pengguna
masa kini lebih gemar mencari dan memilih produk-produk yang murah sejajar
dengan kenaikan kossara hidup. Oleh yang sedemikian, pihak syarikat ducth lady Malaysia
seharusnya membandingkan harga produk mereka dengan produk persaing dari masa
ke semasa agar harga mereka kompetitif dan dapat bersaing dalam pasaran.
6. Memperluas saluran pengedaran ke peringkat antarabangsa
Memperluas
saluran pengedaran ke paringkat antarabangsa seharusnya menjadi salah satu
strategi dan keutamaan syarikat. Dengan memperluas saluran pengedaran ke luar
Negara dapat membantu mempekembangkan lagi operasi organisasi, seterusnya dapat
meningkat lagi permintaan terhadap produk.
KESIMPULANNYA
Pemasaran adalah merupakan bahagian
pengurusan perniagaan yang sangat penting. Produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh sesebuah syarikat tidak akan memberi apa – apa makna, malah
akan merugikan syarikat berkenaan sekiranya produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
tidak dapat dipasarkan dengan berkesan. Ini bermakna aktiviti pemasaran menjadi
nadi kepada kelansungan sesebuah syarikat perniagaan. Tidak hairanlah, apabila
didapati sesebuah syarikat membelanjakan sejumlah wang yang begitu banyak untuk
tujuan pemasaran produk mereka
Perlaksanan
strategi yang baik adalah permulaan kearah pemasaran yang berjaya. Strategi
pemasaran yang mampan tidak begitu bermakna jika syarikat gagal untuk melaksanakannya
dengan baik. perancangan strategik perlu dilaksanakan bagi menjamin pengurusan
perniagaan yang dinamik. organisasi perlulah membuat perancangan pemasaran yang
melibatkan penentuan strategi pemasaran yang akan membantu untuk mencapai
keseluruhan objektif-objektif strategik.