HAZARD
MANAGEMENT
PENGENALAN
Gambar Rajah 1: Anggota bomba dan
penyelamat mencari dua buruh binaan warga Bangladesh yang dipercayai tertimbus
akibat runtuhan lantai konkrit di tapak pembinaan LRT di Putra Height, Subang
Jaya.
Tajuk : Maut Akibat Runtuhan
Lantai Konkrit
Tempat
: Terminal Transit Aliran Ringan (LRT), Kuala
Sungai Baru, Putra Height, Subang Jaya, Selangor.
Tarikh : 24 Disember 2014
Sumber Artikel : Berita Harian & Utusan Malaysia
§ Ringkasan kemalangan:
Kejadian
kira-kira pukul 4.15 petang itu, terdapat enam pekerja sedang meletakkan simen
di pelantar tingkat satu binaan bangunan tersebut manakala dua lagi pekerja
berada di bawah. Bagaimanapun tapak konkrit tersebut tiba-tiba runtuh
mengakibatkan kesemua mangsa jatuh lalu menghempap dua pekerja di bawah. Dua
pekerja mati ditempat kejadian dan enam lagi mengalami kecederaan.
§ Faktor-faktor penyebab:
Pelantar tingkat satu yang dibina tidak mampu menampung beban simen yang
diletakan.
§ Hasil pemerhatian:
Tiada pemantauan dari pegawai yang bertugas ketika itu dan pekerja yang
diambil adalah pekerja yang tiada pengalaman dan kemahiran dalam sektor
perbinaan.
§ Klasifikasi kemalangan:
Tertimbus di bawah runtuhan lantai simen konkrit
Kemalangan
merupakan kejadian yang tidak diingini berlaku yang boleh mengakibatkan
kecederaan, kesakitan, kematian atau kerosakan kepada harta benda. Manakala
kemalangan ditempat kerja meliputi kemalangan yang berpunca dan terbit daripada
pekerjaan yang dilakukan, kemalangan yang melibatkan pengendalian mesin atau
peralatan dan kemalangan ditempat kerja yang berpunca dari pekerjaan.
Kemalangan tempat kerja juga berpunca daripada perjalanan ulang-alik dari
tempat kerja setiap hari, dari tempat kerja ke tempat makan sewaktu rehat yang
dibenarkan dan kemalangan yang berkaitan dengan pekerjaan.
Dalam
era ini, keselamatan dan kesihatan pekerja bukan lagi dianggap sebagai elemen
yang berasingan kerana ia berkait rapat antara satu sama lain. Tempat kerja
yang kurang selamat meningkatkan lagi risiko kemalangan serta kecederaan yang
pastinya akan menjejaskan kesihatan. Dalam masa yang sama, pekerja yang kurang
sihat adalah lebih berisiko untuk mengalami kemalangan. Kewujudan Akta
Keselamatan Dan Kesihatan pekerja (OSHA) pada tahun 1994 jelas menunjukkan
perkaitan dan kepentingan kedua-kedua elemen ini. Matlamat utama akta tersebut
ialah untuk menghasilkan budaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan semua
pekerja dan majikan di Malaysia.
Gambar
Rajah2: Statistik Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor Sehingga April 2015
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh
Jabatan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) bagi suku pertama 2015 yang
berakhir pada bulan April menunjukan sektor pengilangan, sektor pertanian,
perhutanan dan perikanan dan sektor pembinaan dikenal pasti penyumbang utama
kes kemalangan di tempat kerja. Sebanyak 1,245 kes kemalangan tempat kerja
dilapor dan bilangan itu dijangka meningkat. Daripada jumlah itu, sebanyak 52
kes melibatkan kemalangan maut
Majikan seharusnya sentiasa peka dengan aspek
keselamatan pekerja dan menyediakan pelbagai peralatan keselamatan dan alat
pelindung diri untuk pekerja masing-masing. Kerjasama majikan dan pekerja
penting dalam menangani kes kemalangan yang berlaku di tempat kerja untuk
mengurangkan jumlah kematian.
2.
TEORI PENYEBAB KEMALANGAN YANG RELEVAN
Apabila
berlaku kemalangan di tempat kerja, majikan cenderung untuk mendakwa bahawa ia
adalah berpunca dari kecuaian pekerja. Tetapi kecuaian pekerja bukanlah satu-satunya
punca kemalangan di tempat kerja. Kemalangan bukan sahaja menyebabkan kerosakan
kepada harta benda, tetapi ianya juga boleh menyebabkan kecederaan serius dan
juga kematian. Oleh itu, untuk mengelakkan kemalangan, kita perlu mengenal
pasti punca-puncanya.
Tahun
lalu, beberapa teori penyebab berlakunya kemalangan telah ditubuhkan untuk
menjelaskan mengapa kemalangan berlaku antaranya teori domino, teori faktor
manusia, teori kemalangan dan kejadian, teori epidemiologi, teori sistem, teori
tingkah laku dan teori bird’s triangle. Model berdasarkan teori-teori ini
kemudiannya digunakan untuk meramal dan mencegah kemalangan daripada berlaku.
a.
Teori
Domino
Teori
ini di perkenalkan oleh Herbert W. Heinrich setelah beliau mengkaji sejumlah
75,000 laporan kemalangan industri dan beliau membuat kesimpulan hasil daripada
kajian tersebut mendapati bahawa:
a. 88%
punca kemalangan industri adalah disebabkan oleh tindakan tidak selamat yang
dilakukan oleh pekerja
b. 10%
punca kemalangan industri disebabkan oleh keadaan yang tidak selamat
c. 2%
punca kemalangan industri disebabkan oleh punca-punca yang tidak dapat
dielakkan.
Hasil
daripada kajian itu juga, Herbert W. Heinrich mengariskan sepuluh rumusan yang
kemudiannya dipanggil Axioms of Industrial Safety yang menjadi asas kepada
Teori Domino. Heinrich beranggapan bahawa mereka yang berkuasa dan pembuat
keputusan mengenai pengurusan kesihatan dan keselamatan perlu mengetahui
tentang sepuluh kenyataan berkaitan kemalangan industri yang dikenali sebagai
axsiom seperti yang berikut:
a. Kecederaan
disebabkan oleh satu rangkaian faktor yang lengkap dimana kemalangan itu
sendiri merupakan salah satu daripada faktor di dalam rangkaian itu.
b. Sesuatu
kemalangan yang terjadi hanya disebabkan oleh tindakan tidak selamat oleh
seseorang atau keadaan fizikal dan mekanikal yang merbahaya.
c. Kebanyakan
kemalangan adalah berpunca dari perlakuan manusia yang tidak selamat.
d. Perlakuan
tidak selamat atau keadaan yang tidak selamat tidaklah semestinya menyebabkan
kemalangan atau kecerderaan.
e. Sebab
seseorang itu melakukan tindakan tidak selamat tidaklah boleh menjadi petunjuk
atau pengajaran dalam memilih perlakuan yang betul
f. Keseriusan
sesuatu kemalangan tidak boleh dirancang atau tidak boleh dijangka tetapi kemalangan itu pastinya dapat
dielakkan.
g. Satu
teknik pencegahan kemalangan yang terbaik adalah sebanding dengan teknik
kualiti dan produktiviti yang terbaik.
h. Pihak
pengurusan hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan, memandangkan kedudukannya sebagai
majikan yang menentukan keputusan
i.
Penyelia merupakan
orang penting dalam mencegah kemalangan industri. Selain daripada kos-kos
langsung kemalangan seperti pampasan, kos hospital, dan ubat, terdapat juga
kos-kos lain yang tidak nyata atau tidak secara langsung.
Menurut
Heinrich, aksiom ini meliputi pengetahuan asas yang mesti difahami oleh pembuat
keputusan mengenai pencegahan kemalangan. Program-program pencegahan yang mengambil
kira semua aksiom itu adalah lebih efektif berbanding dengan program yang hanya
mengambil sebahagian sahaja. Berasaskan
kepada aksiom inilah Heinrich telah membina teori penyebab kemalangan yang
kemudiannya di kenali sebagai Teori Domino (Mohamad Khan 2005). Oleh itu, pengunaan audit keselamatan dan
kesihatan jelas telah digunakan oleh Heinrich dalam mengenal pasti punca setiap
kemalangan berkenaan berlaku.
b.
Teori
Kemalangan Petersen (Teori Kemalangan Dan Kejadian)
Gambar Rajah 4: Teori
Kemalangan Petersen (Teori Kemalangan Dan Kejadian)
Teori
Kemalangan Petersen merupakan salah satu teori yang boleh mewakili pendekatan
kemalangan industri bagi pendekatan agensi. Pendekatan agensi merujuk kepada
kelemahan dalam pengurusan sesebuah organisasi sehingga menyebabkan kemalangan
berlaku di tempat kerja. Petersen (2003) mengusulkan tiga elemen dalam teorinya
iaitu elemen perangkap ergonomik, keputusan yang mendorong kesilapan dan
kegagalan sistem.
Faktor
kegagalan sistem merupakan penyumbang utama kepada teori Petersen. Sistem
tersebut merujuk kepada sistem pengurusan yang dilaksanakan dalam aspek
keselamatan di sesebuah tempat kerja atau organisasi. Sistem semestinya
melibatkan pihak pengurusan di mana menjadi tanggungjawab mereka untuk
memastikan segala peraturan yang dilaksanakan bersesuaian dan dipatuhi pekerja.
Kegagalan sistem
biasanya disebabkan oleh beberapa tindakan atau pendekatan yang tidak memenuhi
syarat-syarat keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti berikut:
a. Pihak pengurusan tidak melaksanakan
polisi keselamatan yang komprehensif.
b. Tanggungjawab dan kuasa yang berkaitan
dengan keselamatan tidak ditakrifkan dengan jelas.
c. Prosedur keselamatan seperti pengukuran,
pemeriksaan, pembetulan dan penyiasatan diabaikan atau diberi perhatian yang
mencukupi.
d. Pekerja tidak menerima orientasi yang
betul.
e. Pekerja tidak diberi latihan keselamatan
yang mencukupi.
Petersen mengemukakan
bahawa faktor organisasi adalah penyumbang kepada kemalangan industri. Hal ini
merangkumi aspek polisi dan prosedur keselamatan yang longgar, tiada latihan
pekerja, pemeriksaan mutu dan tidak menggunakan piawaian dalam pengendalian
mesin di kilang. Faktor-faktor tersebut akan mendatangkan kemalangan dan
seterusnya kecederaan kepada pekerja. Petersen telah menerangkan dengan jelas
bahawa faktor organisasi mempengaruhi kelakuan tidak selamat pekerja. Kesedaran
dan tindakan perlu sentiasa dititik beratkan oleh jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di organisasi.
3.
FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN
Pengamalan budaya kerja yang selamat dan
sihat memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak dalam organisasi. Golongan pekerja sering menyalahkan pihak
pengurusan kerana tidak menyediakan peralatan yang selamat manakala pihak
pengurusan menyalahkan pekerja tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika
keadaan ini berterusan dan berlaku kemalangan ia akan merugikan kedua-dua belah
pihak. Kecenderungan utama berlaku
kemalangan di tempat kerja boleh dibahagikan kepada beberapa faktor utama iaitu
punca asas dan punca langsung. Punca
asas kemalangan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
a.
Faktor
Persekitaran
Faktor
persekitaran termasuklah masalah dalam penempatan barang dan peralatan yang
berkemungkinan menghalang pergerakan manusia disekitar tempat kerja, ianya
mungkin boleh mendatangkan kemalangan. Lampu yang tidak mencukupi dan kualiti pengudaraan
yang tidak baik boleh menyebabkan kemerosotan pada daya penglihatan dan masalah
penafasan dalam jangka masa panjang.
Penggunaan
bahan-bahan yang berbahaya tanpa menggunakan pelindungan yang mencukupi dan
pengendalian yang betul, sama ada ianya digunakan sebagai bahan mentah atau
produk perantaraan bukan sahaja membahayakan pekerja tetapi ianya boleh
menyebabkan pencemaran kepada kawasan sekitar.
b.
Faktor
Peralatan
Dalam sektor
pembuatan masa kini, penggunaan peralatan canggih seperti penggunaan robot dan
mesin automatik yang digunakan untuk menghasilkan barangan. Penggunaan
peralatan canggih dari segi kos adalah lebih efektif dan cekap namum tidak
dinafikan ianya juga mungkin menjadi punca kepada kemalangan ditempat kerja,
ini kerana ianya masih memerlukan tenaga manusia untuk mengendalikan operasi
dengan betul.
Penggunaan mesin
usang dan penggunaan mesin secara berterusan juga boleh membawa kepada
kerosakan yang disebabkan penggunaaan berlebihan yang akan mengakibatkan
kemalangan.
c.
Faktor
manusia
Setiap sistem
kerja melibatkan tiga unsur iaitu manusia, mesin dan alam sekitar. Manusia
adalah elemen yang paling penting, kerana tanpanya kerja didapat dapat
diselesaikan. Oleh demikian, adalah tidak menghairankan, bahawa punca
kemalangan adalah faktor manusia. Faktor manusia seperti kecuaian pekerja,
latihan dan maklumat kerja yang tidak mencukupi, umur dan kesihatan pekerja dan
kegagalan mengikut peraturan yang ditetapkan menjadi punca kemalangan ditempat
kerja.
Kemalangan
sering berlaku apabila seseorang pekerja itu cuai semasa menjalankan tugas,
seperti tidak menggunakan kasut dan topi keselamatan semasa berada ditapak
pembinaan. Kegagalan majikan untuk menyediakan latihan dan meklumat bagaimana
kerja itu hendak dilaksanakan boleh menyebabkan kemalangan maut. Sebagai
contoh, pekerja yang tidak terlatih dalam pendawaian elektrik boleh menyebabkan
renjatan elektrik kepada diri atau rakan sekerja semasa proses pendawaian.
Apabila
seseorang pekerja yang diambil bekerja, ada beberapa faktor yang perlu diambil
kira antaranya faktor umur dan kesihatan. Kegagalan majikan untuk mengesan
penyakit yang sedia ada pada pekerjanya boleh menyumbang kepada kemalangan.
Sebagai contoh, jika seorang pekerja menghidapi masalah jangtung dan terus
bekerja dalam persekitaran yang berat dan sesuai, maka dia lebih terdedah
kepada serangan jantung berbanding orang yang sihat.
4.
PENGESYORAN YANG REALISTIK UNTUK
MENGURANGKAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
Setiap organisasi memainkan peranan yang sangat
penting dalam aktiviti pembangunan dan kemajuan negara. Tenaga kerja yang
profesional dan mahir diperlukan untuk memastikan setiap organisasi terus
memacu kehadapan, membangun dan berkembang pesat. Oleh itu, terdapat beberapa
keperluan yang mana pekerja dan majikan perlu bekerjasama bagi memastikan
tenaga kerja diberi pendedahan yang secukupnya mengenai program keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.
Penyakit atau kemalangan di tempat kerja yang
disebabkan oleh persekitaran tempat kerja yang berbahaya bukan sahaja akan
memberi impak kepada pekerja bahkan kepada keluarganya. Majikan akan turut
terjejas kerana ia melibatkan kos secara langsung dan tidak langsung bagi
perubatan, kerja yang tertangguh, kos pengurusan yang tidak diperlukan dan
lain-lain, yang mana akan meningkatkan jumlah kos keseluruhan projek pembinaan.
Terdapat beberapa syor atau cadangan yang realistik
untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja antaranya:
a.
Setiap organisasi perlu memastikan
bahawa sistem pengurusan keselamatan dilaksanakan di tempat kerja dan diberi
pengawasan serta pemantauan yang berterusan
Majikan perlu memastikan setiap pekerja wajib
menghadiri kursus induksi keselamatan bagi memastikan mereka patuh kepada akta
dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan lain-lain. Pencegahan
kemalangan di tempat kerja akan menjadi efektif sekiranya majikan dan pekerja
sedar akan kepentingan mempunyai budaya dan tempat kerja yang selamat dan
sihat. Setiap majikan dan pekerja perlu meningkatkan usaha bagi membendung
kemalangan di tempat kerja. Hal ini tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh
singkat.
Penglibatan setiap orang adalah penting bagi
memastikan budaya keselamatan yang menyeluruh organisasi dapat dicapai. Jika
kemalangan yang berlaku itu disebabkan oleh masalah mekanikal atau kejadian
semula jadi, ia tidak dapat dibantu tetapi sekurang-kurangnya ianya boleh
mengurangkan bilangan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian, ketidakcekapan
dan kelalaian.
b.
Menjalankan audit
keselamatan dan pemantauan serta pengawalan yang berterusan
Audit keselamatan
dan kesihatan merupakan satu proses yang tersusun bagi mengumpul maklumat
berkenaan dengan keberkesanan, keefisyenan dan juga kebolehpercayaan sesuatu sistem
pengurusan keselamatan dan kesihatan dan seterusnya merangka pelan untuk
memperbaiki kelemahan (Health and Safety Executive, 2000). Menurut Wallace
(1995) pula audit dilihat sebagai pengesahan secara langsung sesuatu aktiviti
dengan menggunakan pendekatan sistematik untuk mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan dengan cara membandingkan apa yang ada dan yang dilakukan dengan
standard, amalan dan undang-undang.
Pelbagai nama
diberikan kepada aktiviti ini antaranya pemeriksaan keselamatan, analisa dan
penyelidikan keselamatan, lawatan mengejut dan sebagainya (Kamal Halili, 2001).
Walau apapun, yang pentingnya audit keselamatan difahami sebagai satu proses memantau
aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan menilai ke atas sebarang aktiviti
yang dirancang dan dilaksanakan di tempat kerja secara berkala.
Audit
keselamatan dilaksanakan adalah bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan sistem
keselamatan yang dibuat dalam sesebuah organisasi, di samping mencari kekuatan
dan kelemahan organisasi bagi mengenalpasti langkah-langkah pembaikan yang boleh
diambil. Perlaksanaan yang sempurna dan berterusan menunjukkan komitmen dan
iltizam yang tinggi daripada pihak pengurusan secara tidak langsung
memotivasikan pekerja betapa pentingnya menitikberatkan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja
c.
Mempertingkatkan kekemasan
(housekeeping) di tempat kerja
Mempertingkatkan kekemasan (housekeeping) di tempat kerja
dapat mengurangkan hazard fizikal di kawasan tempat kerja. Hazard di organisasi
boleh dikategorikan kepada empat kategori iaitu fizikal, kimia, biologi dan
ergonomik. Hazard fizikal terdiri daripada hazard yang berkaitan dengan kejutan
elektrik, peralatan atau mesin, pencahayaan dan juga suhu di tempat kerja.
Hazard Biologi pula menjurus kepada keadaan sistem pendingin udara didalam
organisasi yang mana akan mempengaruhi emosi dan kesihatan pekerja. Debu, gas,
wasap dan juga rokok pula dikategorikan sebagai hazard kimia. Hazard yang
berkaitan tekanan mental, fizikal di kategorikan sebagai hazard ergonomik.
Antara kemalangan yang berlaku di sebabkan hazard yang ada di
organisasi ialah, tergelincir atau tersangkut pada halangan wayar dan
permaidani rosak di lantai pejabat. Kejutan elektrik juga di kategorikan
kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian yang mana wayar atau peralatan
elektrik tidak diselenggara dengan baik dan seterusnya menyebabkan wujudnya
hazard fizikal. "Sick Building syndrome" merupakan suatu sindrom penyakit
yang mana pekerja akan berkeadaan tidak sihat apabila datang ke pejabat. Ini
disebakan suasana dan keadaan di pejabat yang sesak, tiada pengudaraan yang
baik dan juga pencahayaan yang tidak sesuai. Penyelenggaraan alat elektrikal dan alat penghawa dingin
secara berkala juga dapat mengurangkan risiko hazard fizikal dan biologi di
tempat kerja.
Dengan memberi
penekanan kepada kekemasan (housekeeping) di tempat kerja boleh menjadi faktor yang
menambahkan keceriaan dan mengurangkan hazard fizikal di kawasan tempat kerja
dan akan mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan selesa.
d. Memberi
penekankan terhadap program
pendidikan serta latihan,
kaunseling dan corak
aturan kerja yang
bersesuaian dengan prinsip keselamatan kerja.
Menurut Mohd Yusof
(2000) dalam kajiannya menyatakan bahawa penyeliaan yang efektif akan
dapat mengurangkan kemalangan,
kerana penyelia mengetahui tahap
perlaksanaan kerja, sama
ada kerja mengikut maklumat,
arahan kerja selamat
dan latihan yang
telah diberi. Sekiranya
arahan kerja selamat kurang
berkesan, ia dapat
dikemas kini dan
dipertingkatkan, sekiranya arahan
kerja selamat tidak dipatuhi,
tindakan boleh diambil
terhadap pekerja kerana
mendedahkan diri mereka
kepada bahaya.
Kegagalan majikan
merupakan antara penyumbang
kepada berlakunya kemalangan
di tempat kerja. Di dalam satu
kajian yang dijalankan di kalangan pekerja-pekerja industri di sekitar Lembah
Klang dan Pulau Pinang,
Mohd Yusof (2000)
cuba meninjau tahap
kesedaran di tempat
kerja masing-masing. Hasil kajian,
berdasarkan maklum balas
100 orang responden
mendapati bahawa 85%
menyatakan bahawa kekurangan dan
kegagalan pihak pengurusan
telah menyebabkan banyaknya
berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Petikan dari
"Indah Water Konsortium - Health and
Safety Management Component" menyatakan bahawa
program latihan yang
dianggap berjaya mesti
mempunyai elemen-elemen yang berikut:
a.
Tiada
siapa kakitangan boleh memulakan kerja sehinggalah ia diberi latihan untuk
menjalankan kerja tersebut.
b.
Latihan adalah
wajib untuk semua
peringkat kakitangan dari pengurus
sehingga ke pekerja bawahan.
c.
Latihan
mestilah merangkumi pengenalan hazard penilaian risiko serta langkah pencegahan
dalam setiap aktiviti pekerjaan yang bakal dilaksanakan.
d.
Latihan
perlu diselia supaya program mencapai objektif yang ditetapkan.
e.
Peserta latihan
perlu dinilai untuk
mengetahui tahap pemahaman
dan tahap penerimaan
latihan yang diberi.
f.
Menyimpan
rekod latihan setiap kakitangan bagi rujukan masa hadapan
5.
KESIMPULAN
Kemalangan merupakan kejadian yang tidak
diingini berlaku yang boleh mengakibatkan kecederaan, kesakitan, kematian atau
kerosakan kepada harta benda. Manakala kemalangan ditempat kerja meliputi
kemalangan yang berpunca dan terbit daripada pekerjaan yang dilakukan,
kemalangan yang melibatkan pengendalian mesin atau peralatan dan kemalangan
ditempat kerja yang berpunca dari pekerjaan. Kemalangan tempat kerja juga
berpunca daripada perjalanan ulang-alik dari tempat kerja setiap hari, dari
tempat kerja ke tempat makan sewaktu rehat yang dibenarkan dan kemalangan yang
berkaitan dengan pekerjaan.
Teori penyebab berlakunya kemalangan telah
ditubuhkan untuk menjelaskan mengapa kemalangan berlaku antaranya teori domino,
teori faktor manusia, teori kemalangan dan kejadian, teori epidemiologi, teori
sistem, teori tingkah laku dan teori bird’s triangle. Model berdasarkan
teori-teori telah digunakan untuk meramal dan mencegah kemalangan daripada
berlaku.
Punca
kemalangan ditempat kerja boleh dibahagikan kepada tiga faktor iaitu faktor
persekitaran, faktor peralatan dan faktor manusia. Majikan perlu mengambil
berkaitan dengan aspek keselamatan pekerja dan perlu menyediakan pelbagai
peralatan keselamatan dan alat pelindung diri untuk pekerja masing-masing.
Kerjasama majikan dan pekerja penting dalam menangani dan megelakkan kes
kemalangan yang berlaku di tempat kerja untuk mengurangkan jumlah kematian.
Do you realize there's a 12 word phrase you can tell your man... that will trigger deep feelings of love and instinctual attraction to you buried inside his chest?
BalasPadamBecause deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, worship and care for you with all his heart...
12 Words That Fuel A Man's Desire Response
This impulse is so built-in to a man's brain that it will drive him to try harder than ever before to make your relationship the best part of both of your lives.
As a matter of fact, triggering this dominant impulse is absolutely important to getting the best ever relationship with your man that the second you send your man one of the "Secret Signals"...
...You'll immediately find him expose his mind and soul for you in such a way he never expressed before and he'll see you as the only woman in the universe who has ever truly understood him.