PENGAJIAN ISLAM
Menurut Kamus
Dewan Dan Pustaka edisi keempat mendefinisikan tamadun sebagai keadaan
masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangaan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain)
yang tinggi peradaban. Perkataan tamadun dikatakan berasal daripada Bahasa Arab
dengan kata dasar ‘da-na’ yang
bererti beragama. Manakala daripada kata ‘da-na’
ini pula muncul kata madanna serta tamaddana yang kedua-duanya membawa maksud
mengasaskan dan membina kehidupan perbandaran dan kehalusan budi pekerti.
Seterusnya dari perkataan tamaddana itulah lahirnya perkataan tamadun.
Walaupun
perkataan tamadun yang digunakan pada masa kini merujuk kepada suasana
kehidupan yang maju dari segi fizikal dan moralnya, namun oleh kerana ia
berasal dari kata dasar da-na yang
bererti agama, maka sudah tentu maksud sebenar tamadun itu boleh diertikan
dengan satu suasana kehidupan yang maju dari segi ilmu, material, budaya dan
kerohanian berteraskan kepada nilai-nilai dan kepercayaan keagamaan yang
bersumberkan wahyu al-Quran dan al-Hadith.
Istilah
terawal yang digunakan untuk menghuraikan tamadun secara ilmiah telah dipelopori
oleh Ibn Khaldun iaitu pengasas ilmu ketamadunan pada abad ke-14. Ibn Khaldun
telah menggunakan dua istilah utama iaitu Umran
Dan Hadarah. Umran merujuk kepada
kawasan tanah atau rumah yang didiami serta segolongan penduduk yang menetap
dalam suasana yang subur dan makmur. Manakala Hadarah pula merujuk kepada suatu
daerah, kota, Bandar, kampung, atau tanah yang diusahakan.
Pada
abad ke-19 iaitu selepas 500 tahun kemudian, barulah ditemui perkataan dalam
bahasa inggeris yang sama erti dengan Umran
dan Hadarah iaitu civilisation.
Perkataan civilization berasal bermaksud Bandar atau kota. Menurut E.B Taylor,
yang merupakan seorang ahli antropologi, civilisation merangkumi keseluruhan
pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang,
adat dan keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang diperolehi oleh manusia
sebagai anggota masyarakat.
Tamadun
melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan telah melalui beberapa
manifestasi yang berbeza. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun melayu
merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun melayu Islam
yang berjaya. Nilai yang menjadi asas kepada tamadun melayu adalah berteraskan
kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai-nilai ini berkait rapat dengan
konsep iman yang terdapat dalam agama Islam seperti saling hormat menghormati
antara satu sama lain, bertimbang rasa, sopan santun, dan budi pekerti.
Nilai-nilai ini dapat kita lihat menerusi karya-karya filem arahan Tan Sri
P.Ramlee antara menerusi filem Pendekar bujang lapok.
Tan
Sri P. Ramlee merupakan seorang karyawan yang unik dimana beliau dapat melihat
filem sebagai satu medium seni yang amat berkesan untuk menyampaikan sesuatu
yang bermanfaat kepada bangsa dan agama. P. Ramlee membuat pelbagai kritikan,
sindiran dan teguran yang berkaitan dengan aspek moral dan spiritual yang
dibuat dengan cara dan gaya yang lembut dan amat tersirat yang sesuai dengan
tuntutan agama dan budaya. P. Ramlee mengajak audiens agar tidak melupakan peradaban
dan akhlak murni yang terdapat didalam budaya melayu walaupun sudah maju dari
segi material.
CIRI-CIRI
TAMADUN DALAM BABAK FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK BERSERTA CONTOH
Tamadun
melayu sebelum kedatangan Islam menerima lebih banyak pengaruh yang berasaskan
kepada kepercayaan unsur ajaran hinduisme, animisme, buddhisme, dinammisme,
hyang, premis dan lain-lain. Namun setelah perkembangan tamadun Islam sedunia,
Tanah Melayu tidak terkecuali menerima ajaran sunnah yang telah dibawa oleh
nabi Muhammad S.A.W.
Antara ciri-ciri tamadun
adalah seperti yang berikut:
a)
Bahasa
Dan Sistem Tulisan
Bahasa
dan tulisan menjadi alat untuk berkomunikasi, untuk merakam dan menyampaikan
warisan mereka kepada golongan yang akan datang sebagai khazanah tamadun
mereka. Perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan sistem
tulisan dan bahasa. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan
menggalakkan lagi perniagaan dan interaksi antara masyarakat Negara yang
belainan. Tulian yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf),
terutamanya di tamadun sumeria dan mesir. Seterusnya, Hieroglif (Tamadun
Purba), Cuneiform (Tamadum Mesopotamia), Ideogram (Tamadun Hwang Ho)
Penggunaan
bahasa dan sistem tulisan menerusi filem pendekar bujang lapok dapat kita lihat
melalui papan tanda yang diguna pakai ketika itu antaranya papan tanda “Penambang
Sampan Sungai Kemunting” pada minit 02:50, papan tanda “Jalan Kg. Pinang
Sebatang” pada minit 21:49, papan tanda “Sekolah Umum Buta Huruf” pada minit
22:30. Penggunaan bahasa dan sistem tulisan juga dapat dilihat ketika Aini
(pembantu rumah Pendekar Mustar) membaca surat yang dikirim oleh tunangnya dan
ketika membaca surat untuk pendekar bujang lapok yang dikirim oleh Ros (anak
Pendekar Mustar).
b)
Urbanisasi
/ Pembentukan Bandar
Terdapat
penempatan khas bagi sesuatu masyarakat manusia sehingga mereka dapat
mewujudkan sebuah Negara, kota, Bandar, dan lain-lain. Negara kota ini akan
menjadi tumpuan kegiatan ekonomi manusia, pusat perdagangan bagi
penempatan-penempatan yang ada disekitarnya. Contoh Negara kota yang terdapat
pada zaman tersebut ialah Negara kota Ur, Urech dan Kish di lembah
Tigris-Eupharates di Sumeria dan Mohenjo Daro dan Harappa di lembah Indus India.
c)
Stratifikasi
sosial
Perkembangan
kota, Bandar dan lain-lain akan melahirkan satu masyarakat yang mempu yai
organisasi social yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu
lapisan masyarakat yang tersusun dan memain peranan terentu mengikut
kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling
tinggi diikuti golongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti
oleh golongan yang diperintah seperti rakyat bebas, petani dan golongan artisan.
Golongan yang mempunyai kedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi.
Rupa
dan kostum protagonis dan antagonis dalam filem pendekar bujang lapok jelas
menggambarkan perwatakan serta kedudukan dalam masyarakat. Pak Mustar dan tiga
pemuda memakai baju yang menjadi petanda bahawa mereka adalah dari kaum Melayu
dan juga mereka terdiri dari kelas pekerja. Pemilik feri memakai baju dan topi
putih serta memegang tongkat yang menunjukkan statusnya sebagai orang kaya dan
ada mempunyai kedudukan dalam masyarakat. Ia juga menampakkan sifat kapitalis
dan ke Baratan iaitu merujuk kepada penjajah British.
d)
Agama
Dan Kepercayaan
Setiap
masyarakat hidup dalam suatu sistem kepercayaan yang unik dan berbeza-beza. Sistem
kepercayaan ini disebut agama. Sebagai contoh, tamadun terdahulu mempercayai
kepercayaan animisme iaitu unsur alam yang dikawal oleh semangat. Semangat
boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan contohnya memuja bukit bukau, laut
dan sebagainya. Masyarakat tamadun awal juga mempercayai politeisme iaitu
mempercayai wujudnya banyak tuhan. Mereka mempercayai tuhan bulan, tuhan
matahari, tuhan ibu, tuhan sungai dan sebagainya.
Agama
dan kepercayaan yang terdapat didalam filem Pendekar bujang lapok adalah Agama
Islam, ini dapat dilihat ketika Pendekar Mustar memerintahkan 3 pendekar bujang
lapok belajar di Sekolah Umum Buta Huruf bergurukan Cikgu Rosnah, ini dapat
dikuatkan lagi dengan bukti ketika Ramlee (P. Ramlee) bertapa di tanah
perkuburan jelas kelihatan batu nisan yang menjadi tanda setiap kubur yang ada.
NILAI-NILAI
KEMANUSIAN YANG TERDAPAT DALAM FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK DAN PERBANDINGAN
DENGAN NILAI-NILAI KEMANUSIAN MASA KINI
Nilai-nilai
kemanusian atau nilai-nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang
baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam menjaga hubungannya sesama
manusia, alam dan tuhan manakala menurut Wan
Mohd. Zahid (1988) pula, nilai kemanusian boleh ditakrifkan sebagai tanggapan
berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria
atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada
agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya
untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.
Manusia
merupakan makhluk yang tertinggi di antara makhluk ciptaan Tuhan sehingga nilai
- nilai kemanusiaan tersebut mencerminkan kedudukan manusia sebagai makhluk
tertinggi di antara makluk - makhluk lain. Dalam mengharungi era ledakan sains
dan teknologi, amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin lenyap
dalam sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar
di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah
seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada
akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah
kelunturan amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat.
Menerusi filem Pendekar
bujang lapok karya Tan Sri P. Ramlee banyak nilai-nilai kemanusian diterapkan
untuk menyampaikan saranan dan kiasan secara halus kepada orang melayu secara
khususnya dalam menghadapi pelbagai cabaran di zaman moden. Antara nilai-nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam filem Pendekar Bujang Lapok ialah:
1.
Sikap
Berbudi Bahasa
Budi
bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan
kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan
baik terhadap orang lain. Sepanjang filem yang berdurasi 01:44 minit antara
babak yang menonjolkan nilai budi bahasa ialah ketika Ajis, Ramlee dan Sudin
bertemu dengan orang yang lebih tua iaitu Pendekar Mustar untuk meminta beliau
mengajar ilmu persilatan. Nilai budi bahasa juga diselitkan menerusi lagu “Maafkan Kami” penggunaan bahasa yang
lemah lembut adalah bersesuaian untuk meminta maaf daripada seseorang.
Nilai
budi bahasa pada hari ini kian terhakis dek perubahan zaman. Para remaja zaman
kini lebih terikut dengan budaya kebaratan, kemunculan pelbagai gaya bahasa
baharu seperti Hipster, Ravers, Punk, Hip-Hop dan sebagainya banyak menghakis
budi bahasa terutamanya ketika bercakap dengan orang yang lebih tua.
2.
Semangat
Setia Kawan
Semangat
setia kawan ini boleh ditafsirkan sebagai perasaan bersatu, sependapat dan berkepentingan
bersama. Semangat setia kawan secara umumnya adalah rasa ditunjukkan dalam
bentuk toleransi kepada orang lain, serta bersedia mengulurkan tangan apabila
diperlukan.
Semangat
setia kawan dalam filem Pendekar bujang lapok ini secara terang-terangan telah
diterapkan, mereka bertiga (Ramlee, Aziz dan Sudin) selalu sentiasa bersama
ketika senang mahupun susah dan mereka sanggup menghulurkan bantuan kepada
Pendekar Mustar untuk menentang penjahat yang telah diculik anaknya. Nilai
setia kawan pada hari ini tidak dinafi masih lagi wujud dikalangan para remaja
tetapi ianya lebih menjurus ke arah yang negatif. Sering kali kita lihat atau
baca di media massa semangat setia kawan digunakan untuk melakukan pekara yang tidak
bermoral seperti melakukan jenayah, terlibat dengan kongsi gelap dan
sebagainya.
3.
Kerjasama
/ Muafakat
Menurut
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi keempat kerjasama boleh didefinisikan
sebagai bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak),
gotong royong (antara semua pihak yang telibat amat perlu untuk menjayakan
sesuatu projek), sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan,
persefahaman dan lain-lain) dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah
bersama.
Semangat
kerjasama atau muafakat telah ditekankan menerusi filem Pendekar Bujang Lapok
pada minit ke 53:30 dimana Pendekar Mustar bersama dengan Ajis, Ramlee dan
Sudin bersama-sama bergotong-royong membersihkan halaman rumah. Semangat
kerjasama atau muafakat masa kini pula makin terhakis saban hari. Semangat
kerjasama dan muafakat ini hanya dapat kita lihat di kampung semasa kenduri
atau majlis-majlis perkahwinan manakala di bandar pula semangat kerjasama ini
kurang diamalkan lagi mungkin disebabkan faktor kesibukan bekerja atau masa.
4.
Hormat-menghormati
Sikap
hormat-menghormati adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji dalam
Islam. Antara contoh-contoh sifat saling hormat-menghormati itu ialah memberi
layanan mesra dan sopan, saling bekerjasama, saling menghargai antara satu sama
lain dan menghargai budi serta jasa orang lain. Selain itu, dalam pergaulan
seharian, kita juga dituntut untuk berakhlak mulia seperti baik dalam bertutur
kata, perilaku bahkan ia menjadi syarat kesempurnaan Iman seorang mukmin.
Akhir-akhir
ini, sifat saling hormat-menghormati ini telah mula terhakis sedikit demi
sedikit daripada amalan umat Islam. Apabila hormat-menghormati ini sudah tiada,
ia bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan pada hubungan sesama manusia malah
ia akan menyebabkan imej Islam itu akan dipandang negatif oleh pelbagai pihak.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN TERSEBUT
BERSERTA CONTOH DARI FILEM
Sebelum
kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu Buddha sudah bertapak kukuh dalam
setiap aspek kehidupan masyarakat Alam Melayu hingga berabad-abad lamanya.
Agama dan budaya ini begitu kuat dan sangat jelas mempengaruhi sistem politik, sosial,
ekonomi dan pemikiran masyarakat Alam Melayu.
Kedatangan Islam
telah membawa banyak perubahan dan kesan kepada corak pemikiran dan sosio
budaya masyarakat Melayu. Agama Islam membawa ajaran dan tamadun yang lebih
tinggi dan lengkap, lebih rasional dan logik serta lebih mudah diterima oleh
masyarakat Melayu. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah, masyarakat di
Alam Melayu dengan sendiri menolak kepercayaan tahlul Hindu dan fahaman
Animisme. Akhirnya Tamadun Islam sedikit demi sedikit telah berjaya melunturkan
kegemilangan tamadun Hindu sebelumnya di Alam Melayu.
Antara sumbangan
tamadun Islam zaman tersebut ialah:
1. Kesedaran Tentang Kepentingan Ilmu
Pengetahuan
Kedatangan Islam telah berjaya memberi kesedaran
kepada masyarakat ke arah bersifat ilmiah dan saintifik serta dapat
meninggalkan era sebelumnya yang mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul dan
khayalan untuk menuju ke sesuatu yang berbentuk realistik.
Filem Pendekar bujang lapok menekankan kesedaran
tentang ilmu pengetahuan. Ini dapat dilihat semasa Ajis, Ramlee dan Sudin
menuju ke Kampung Pinang Sebatang untuk memcari Pendekar Mustar bagi menuntut
ilmu persilatan. Kesedaran tentang ilmu pengetahuan filem ini juga dikuatkan
lagi dengan bukti ketika Pendekar Mustar mengarahkan Ajis, Ramlee dan Sudin
masuk ke Sekolah Umum Buta Huruf apabila mengetahui mereka semua tidak tahu
menulis dan membaca.
2. Perkembangan Bahasa Dan Penulisan
Kedatangan Islam ke Alam Melayu juga telah berjaya memartabatkan
bahasa Melayu dengan cara membentuk
para penggunanya menuturkan perkara - perkara yang bersifat ilmiah, membicarakan persoalan
metafizik, falsafah dan saintifik. Isu- isu sebegini sukar didapati sebelum
kedatangan Islam.
Kedatangan Islam di
rantau ini telah
memperkenalkan tulisan jawi dalam
bahasa Melayu, tulisan
ini mempunyai hubungan yang rapat
dengan tulisan atau huruf Arab
sebagai bahasa al-Qur’an dan huruf Parsi. Seiring dengan
kemunculan bahasa Melayu bertulisan jawi tersebut maka bermulalah perkembangan
sastera tulisan, sedangkan sebelumnya cuma terdapat sasteralisan sahaja. Dengan
itu, fungsi penulisan dan kesusasteraan telah bertukar daripada konsep berhibur
semata-mata kepada pendidikan keilmuan.
3. Pembaharuan Dalam Aspek Sosial
Antara ciri - ciri sosial yang dibawa oleh tamadun
Islam ialah persamaan taraf dan persaudaraan Islam antara semua anggota
masyarakatnya, sehingga tergugat
kedudukan sistem kasta dan
perhambaan serta perbezaan
taraf di kalangan
mereka. Dengan terhapusnya sistem kasta, Islam telah menggantikannya dengan
memperkenalkan sistem atau konsep persamaan taraf dan persaudaraan Islam, malah
berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat bantu membantu antara satu
sama lain.
5. Penghapusan Sistem Kasta
Islam telah memperkenalkan konsep sama rata atau unsuredemokrasi
sebagai penghapusan sistem kasta Hindu yang telah membahagikan penduduk alam
melayu kepada beberapa susun lapis seperti di India. Islam juga telah membentuk
perpaduan di kalangan penduduk alam melayu melalui konsep Ummah atau masyarakat
Islam. Proses perpaduan dicapai melalui perlakuan ibadat termasuk mengerjakan
Haji.
IKTIBAR DARI FILEM DAN KAITAN DENGAN
SUASANA MASA KINI
1.
Kita
Hendaklah Sentiasa Bersyukur Diatas Setiap Nikmat Pemberiannya
Taukeh feri
sebagai pemilik feri seharusnya syukur di atas kekayaan yang diberikan Tuhan. Sebaliknya
dia angkuh dengan kekayaan dan menunjukkan sifat buruknya dengan menyuruh
pekerja-pekerja membelasah Pendekar Mustar, dan kemudian menculik Ros untuk
dijadikan mangsa nafsunya. Sifat buruk taukeh feri itu tercermin pada perangai
pekerja- pekerjanya yang menunjukkan sifat yang agresif.
2.
Sikap
Diskriminasi Perlu Dibendung
Diskriminasi
merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana
layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan.
Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat
manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan
manusia. Dalam Filem pendekar bujang lapok sekuen bermula di jeti, ketika orang
ramai yang menunggu untuk menaiki sampan. Walaupun mereka sudah lama menunggu,
pekerja-pekerja feri tidak menghiraukan rungutan mereka malah mendahulukan
gadis-gadis cantik yang baru saja tiba.
Zaman masa kini
diskriminasi dapat kita lihat apabila rakyat Malaysia sendiri dinafikan hak
untuk bekerja kerana para majikan di Malaysia lebih gemar mengajikan pekerja
warga asing disebabkan faktor upah yang murah.
3.
Kita
Perlu Sentiasa Beristiqamah Dalam Setiap Urusan
Istiqamah boleh
dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas
dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu. Istiqamah bukanlah sesuatu yang
mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan
sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh. Untuk
mempertahankan sesuatu, kita haruslah mempunyai kekuatan untuk
mempertahankannya, apatah lagi sekiranya sesuatu yang kita ingin pertahankan
itu perkara yang diluar dari kebiasaan ataupun sesuatu itu kelihatan asing bagi
orang ramai. Tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam
kehidupan seharian.
Sebagai contoh,
ramai orang yang suruh bersabar tetapi tidak ramai mampu bersabar. Di masa kini
ramai orang yang ingin menjadi orang yang penting disisi masyarakat, namun
tidak ramai yang ingin menjadi orang yang baik disisi masyarakat. Disinilah
perlunya istiqamah dalam diri kita, iaitu patuh dan tunduk dengan segala arahan
dan larangan Allah S.W.T. Sebagai hambanya, dalam setiap urusan kita, haruslah
kita cari terlebih dahulu keredhaanya, bukannya keredhaan sesama makhluk.
4.
Menuntut
Ilmu Tanpa Mengenal Putus Asa
Semua manusia
menyedari akan kepentingan ilmu tetapi tidak semua yang mampu bertahan dalam
berjihad menuntut ilmu. Bak kata pepatah Arab, "Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad". Dalam
Islam sendiri menekankan menuntut ilmu, hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana
mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga”. (riwayat
Muslim).
Ajis, Ramlee dan
Sudin menempuh pelbagai cabaran ketika menuntut ilmu dengan Pendekar Mustar
antaranya mereka bertiga perlu menempuh perjalanan yang jauh dan perlu bertapa
di tanah perkuburan, perigi tinggalan dan rumah usang. Walaupun menghadapi
pelbagai ujian ketika bertapa mereka masih belum berputus asa dan akhirnya
meraka bertiga sebagai berjaya bergelar Pendekar Bujang Lapok. Begitu juga
zaman kini, acap kali kita terdengar atau terbaca di dada-dada akhbar yang
warga emas mampu megengam segulung ijazah walaupun usia mereka telah lanjut
namun berjaya membuktikan bahawa faktor usia bukan penghalang untuk bejaya.
5.
Menjauhkan
Amalan Nepotisme Dan Kronisme dalam masyarakat
Amalan kronisme dan
nepotisme akan menafikan hak orang biasa yang berkelayakan untuk memperoleh
pendapatan dan kuasa. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kronisme boleh
didefinisikan sebagai amalan yang mengutamakan atau mementingkan teman rapat
atau kawan-kawan rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu
projek dan sebagainya manakala nepotisme pula bermaksud melebihkan saudara-mara
serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan,
meritokrasi atau kesesuaian terhadap sesuatu jawatan. Contohnya, tawaran
jawatan kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang
lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian.
KESIMPULAN
Tamadun merupakan keadaan masyarakat
manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangaan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi
peradaban. Tamadun juga membawa maksud mengasaskan dan membina kehidupan
perbandaran dan kehalusan budi pekerti. Istilah tamadun yang digunakan pada
masa kini pula merujuk kepada suasana kehidupan yang maju dari segi fizikal dan
moralnya.
Terdapat beberapa ciri-ciri tamadun antaranya
ialah sistem bahasa dan sistem tulisan, urbanisasi atau pembentukan bandar,
stratifikasi sosial, agama dan kepercayaan. Bahasa dan tulisan adalah alat
untuk berkomunikasi, untuk merakam dan menyampaikan warisan mereka kepada
golongan yang akan datang sebagai khazanah tamadun mereka. Stratifikasi sosisal
pula adalah peranan Setiap individu yang menjadi anggota dalam satu lapisan
masyarakat yang tersusun dan memain peranan terentu mengikut kedudukannya dalam
lapisan masyarakat.
Nilai kemanusian atau nilai murni
ditakrifkan sebagai tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada
masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu
masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Antara nilai-nilai kemanusiaan ialah
seperti Berbudi Bahasa, Semangat Setia Kawan, Kerjasama, Hormat-menghormati dan
sebagainya.
Kedatangan Islam membawa banyak
perubahan dan kesan kepada corak pemikiran dan sosio budaya masyarakat Melayu.
Agama Islam telah membawa ajaran dan tamadun yang lebih tinggi dan lengkap,
lebih rasional dan logik serta lebih mudah diterima oleh masyarakat Melayu.
Antara sumbangan tamadun Islam zaman ialah kesedaran tentang kepentingan ilmu
pengetahuan, perkembangan bahasa dan penulisan, pembaharuan dalam aspek sosial,
dan penghapusan sistem kasta.
Do you realize there's a 12 word phrase you can tell your crush... that will trigger deep feelings of love and impulsive attractiveness for you buried within his chest?
BalasPadamThat's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, idolize and guard you with his entire heart...
12 Words Will Fuel A Man's Desire Instinct
This impulse is so hardwired into a man's mind that it will make him try better than before to build your relationship stronger.
As a matter of fact, triggering this dominant impulse is so important to achieving the best possible relationship with your man that the instance you send your man one of the "Secret Signals"...
...You will instantly find him expose his mind and heart to you in such a way he never expressed before and he will distinguish you as the only woman in the galaxy who has ever truly fascinated him.