PENGENALAN
Apabila disebut perkataan “kontrak”,
ada pihak membayangkan ianya satu bentuk dokumen bercetak yang mengandungi
peruntukan-peruntukan tertentu serta perlu ditandatangani dan disaksikan dengan
sempurna. Mereka menbayangkan kontrak sebagai suatu yang tiada kaitan rapat
dengan kehidupan mereka, bahkan ia jarang-jarang dilakukan. Mereka beranggapan
bahawa urusan kontrak sebagai urusan peguam yang tidak perlu diendahkan oleh
orang awam.
Sebenarnya kontrak adalah perkara yang kerap kita lakukan dalam
kehidupan seharian. Setiap hari tanpa kita sedar atau tidak, kita telah terikat
dengan sesuatu kontrak melalui transaksi urusniaga. Sebagai contoh yang mudah
kita lihat ialah pengguna lebuhraya yang mengguna perkhidmatan mereka telah
dikenakan bayaran tol, manakala pengguna yang meletakkan kenderaan dikenakan
bayaran parking oleh Majlis daerah dan sebagainya lagi. Takrif atau maksud
kontrak mengikut AK 1950 boleh dirujuk untuk kita lebih memahami dengan lebih
jelas istilah ini, menurut Seksyen 2(h) kontrak boleh didefinisikan sebagai
sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah kontrak,
manakala menurut buku kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat pula telah
mendefinisikan kontrak sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu
antara dua pihak atau lebih.
Oleh itu, seseorang itu perlu memastikan bahawa sesuatu perjanjian
yang dicapai adalah sah bagi membolehkan ianya dikuatkuasakan di sisi
undang-undang sebagai suatu kontrak yang mengikat. Sekiranya sesuatu perjanjian
yang dicapai tidak dikuatkuasakan, maka pihak-pihak terlibat tidak akan
mendapat bantuan mahkamah sekiranya mengalami kerugian atau kegagalan. Soalan
yang sering diajukan, adakah kontrak itu suatu perjanjian? Untuk lebih memahami
persoalan itu kita boleh merujuk kepada Seksyen 10(1) yang memperuntukkan
bahawa “semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas
pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan
dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut
peruntukan akta ini bahawa ianya batal”.
Sesuatu kontrak terbentuk samada secara mudah atau kompleks.
Pembentukan kontrak mudah tidak melibatkan formaliti tertentu. Contoh kontrak
mudah ialah kontrak yang dibuat secara lisan atau tersirat daripada perlakuan
pihak-pihak yang berkontrak. Bentuk kontrak yang bersifat kompleks pula ialah
kontrak yang dibuat dengan teliti dan secara bertulis. Contoh yang jelas ialah
kontrak jual beli rumah yang dimasuki oleh pembeli dan pemaju perumahan di mana
dokumen-dokumen tertentu diperlukan.
ELEMEN-ELEMEN
SAH KONTRAK
Kebanyakan undang-undang di Malaysia termasuk undang-undang kontrak
adalah dipengaruhi oleh Common-Law Inggeris. Ini tidak dapat dielakkan kerana
pengaruh inggeris yang wujud semasa tempoh penjajahan mereka di Tanah Melayu
dan Borneo sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dan wujudnya Malaysia. Kebanyakkan
undang-undang inggeris adalah di bawa bagi tujuan komesial atau perdagangan
bagi memudahkan saudagar-saudagar British yang berdagang di Tanah Melayu pada
ketika itu. Antara yang terawal di bawa masuk dan digunakan adalah
undang-undang kontrak mereka.
Meskipun Malaysia kini mempunyai perundangan kontraknya sendiri
iaitu Akta Kontrak 1950 (Akta 136), namun secara asasnya prinsip undang-undang
inggeris yang digunakan. Akan tetapi ia telah diubahsuai agar sesuai dengan
keadaan tempatan. Akta kontrak ini adalah berasaskan Akta Kontrak India 1872 yang
juga merupakan satu kodfikasi dari Common-Law Inggeris. Akta 136 adalah satu
perundangan terpenting bagi hal-hal
komersial di Malaysia.
Selain Akta Kontrak 1950, mahkamah juga akan merujuk kepada
keputusan-keputusan kes atau judicial precedent. Namun, pengguna “case law” ini
adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam seksyen 5 Akta
Undang-Undang Sivil 1956.
Sebagaimana di dalam Common-Law, undang-undang kontrak di Malaysia
turut mengariskan keperluan yang perlu wujud dalam sesuatu kontrak. Prinsip
asas dalam undang-undang kontrak adalah bagi satu kontrak itu wujud, maka perlu
wujud perjanjian yang sah boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang terlebih
dahulu.
Sesuatu kontrak itu hanya boleh berkuat kuasa apabila memenuhi
elemen-elemen utamanya. Pada dasarnya, setiap kontrak perlu mempunyai
elemen-elemen berikut :
1.
Tawaran
-
Apabila seseorang menyatakan
kesediaannya untuk mengikat kontrak terhadap satu pihak lain.
2. Penerimaan
-
Apabila orang kepadanya tawaran
ditujukan membuat penerimaan terhadap tawaran tersebut.
3. Balasan
-
Sesuatu nilai yang perlu
dibayar bagi setiap janji yang telah dibuat.
4. Keupayaan
-
Setiap pihak yang berkontrak
perlu mempunyai keupayaaan untuk mengikat kontrak. Individu berkenaan haruslah
seorang dewasa mengikut Akta Umur Dewasa 1971 dan sempurna akal semasa
kontrak dipersetujuai.
5. Niat
-
Setiap pihak yang berkontrak
perlu mempunyai niat mewujudkan hubungan di sisi undang-undang bermaksud mereka
akan terikat dengan tanggungjawab di bawah kontrak.
6. Kerelaan bebas
-
Seseorang itu dikatakan tidak
memberikan kerelaan bebas untuk berkontrak jika dia dipengaruhi oleh
unsur-unsur seperti paksaan, pengaruh tak berpatutan, penipuan, salahnyata dan
khilaf semasa dia berkontrak.
7. Ketentuan
-
Sesuatu kontrak haruslah
mengandungi syarat yang jelas maknanya dan tidak kabur.
8. Tujuan yang sah
-
Sesuatu kontrak yang dibuat
haruslah untuk sesuatu perkara yang tidak menyalahi undang-undang.
Lapan elemen ini adalah rukun asas kontrak. Jika tidak ada salah
satu daripanya, perjanjian itu tidak boleh dianggap sebagai kontrak yang sah
dan berkuat kuasa. Selagi persetujuan itu tidak memenuhi kelapan-lapan elemen
tadi, maka ianya belum boleh dianggap sebagai kontrak.
ELEMEN-ELEMEN
KONTRAK
1. TAWARAN
Tawaran boleh didefinasikan sebagai cadangan. Ia ditakrifkan
mengikut seksyen 2(a) AK
1950 iaitu apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seseorang yang
lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu, dengan
maksud atau memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan
diri daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu
membuat cadangan.
Berdasarkan takrif ini boleh disimpulkan bahawa tawaran akan wujud
apabila pembuat tawaran, sama ada melalui perbuatan atau perkataan menyatakan
kesediaannya untuk mengikat dengan kontrak sebaik sahaja tawarannya diterima
oleh orang yang tawaran berkenaan ditujukan.
Tawaran menyebabkan pihak membuat tawaran mendedahkan dirinya dengan
ikatan kontrak. Sebaik sahaja pihak yang ditujukan tawaran itu menyatakan
penerimaan, pihak pembuat tawaran akan terus mengikat dengan kontrak. Ikatan
ini adalah ikatan kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Sebagai contoh, Haikal berkata kepada Fahmi “saya ingin membeli
telefon bimbit anda dengan harga RM2,100.” Fahmi menjawab, “saya bersetuju
menjualnya dengan harga yang dinyatakan.” Di sini Haikal telah membuat cadangan
atau tawaran kerana penyataannya berbentuk satu kesediaan hendak berkontrak.
Apabila Fahmi memberikan jawapan, penerimaan telah berlaku dan Haikal sudah
terikat dengan kontrak.
BENTUK-BENTUK
TAWARAN
Bentuk tawaran adalah sama ada secara lisan, tulisan, perbuatan
ataupun kombinasi. Bagi kontrak yang besar dan melibatkan jumlah wang yang
banyak, cadangan sewajarnya berlaku secara tulisan kerana ia lebih mudah bagi
dibuktikan apabila berlakunya pertikaian. Tawaran tetap boleh dilakukan secara
lisan. Namun begitu, apabila berlaku pertikaian, kewujudan tawaran ini agak
sukar dibuktikan. Tawaran juga boleh dilakukan secara perbuatan yang tidak
melibatkan sebarang tulisan ataupun percakapan.
Sebagai contoh, Ali mengambil 10 biji gula-gula lalu menunjukkan
gula-gula itu kepada penjual dan membayar 50 sen. Perbuatan Ali menunjukkan 10
biji gula-gula itu secara simboliknya menunjukkan yang dia ingin membeli
gula-gula itu. Perbuatan ini adalah suatu tawaran atau cadangan. Perbuatan
penjual menerima bayaran dari Ali adalah tanda penerimaan kepada tawaran Ali.
PELAWAAN
TAWARAN
Pelawaan tawaran adalah penyataan yang
seakan-akan tawaran tapi bukan tawaran. Kenyataan ini kelihatan seperti tawaran
atau cadangan kerana situasi yang wujud dan perkataan yang digunakan adalah
hampir sama. Walaubagaimanapun, pada hakikatnya ia bukan satu tawaran.
Antara contoh situasi yang
mewujudkan pelawaan tawaran ialah :
a) Iklan dalam surat khabar
ditujukan secara umum
-
Secara umumnya, pengiklanan
ialah satu pelawaan tawaran. Sesuatu iklan untuk jawatan kosong dalam akhbar
merupakan pelawaan tawaran dan permohonan dihantar, atau jawapan kepada iklan
berkenaan sebenarnya yang merupakan tawaran apabila permohonan tersebut
diterima, barulah wujud kontrak yang mengikat.
b) Peragaan barang
-
Memperagakan barang bermaksud
meletakkan barangan pad arak-rak di dalam kedai-kedai terutamanya pasar raya.
Biasanya, barang-barang itu ditandakan dengan harga. Pelanggan perlu memilih
dan mengambil sendiri barangan yang mereka ingini dan membawa ke kaunter
pembayaran. Tindakan memperagakan barangan bukan satu tawaran. Tawaran hanya
berlaku apabila pembeli membawa barang ke kuanter untuk dibeli. Penerimaan
berlaku apabila penjual memasukkan barangan itu dalam senarai jualan dan
mengambil wang dibayar oleh pembeli.
c) Jualan secara lelong awam
-
Lelongan biasanya bermula
dengan tindakan pelelong menyatakan harga pembukaan dan memberikan peluang
kepada orang ramai bagi membuat harga yang tinggi. Tindakan pelelong membuka
tawaran harga ini hanyalah satu pelawaan tawaran dan bukan satu tawaran.
-
Tawaran hanya dilakukan oleh
pihak yang mengemukakan harga. Setiap pihak yang menyebut harga yang mereka
ingini membuat tawaran kepada pelelong sehingga sampai kepada harga tertinggi
dan kemampuan pihak tersebut. Apabila tiada lagi pihak yang membuat tawaran
maka pelelong akan mengetuk tukul sebagai tanda penerimaan.
PEMBATALAN
TAWARAN
Seksyen 6, Akta kontrak 1950 menyenaraikan
empat cara yang membuatkan sesuatu tawaran dibatalkan.
a) Penolakan
-
Penolakan yang dibuat oleh
pihak yang ditujukan tawaran itu secara khusus. Penolakan ini menjadikan
tawaran itu tidak lagi wujud. Pihak itu tidak lagi dapat membuat penerimaan
selepas dia membuat penolakan. Jika pihak yang ditujukan tawaran itu
kemudiannya berhasrat hendak ‘menerima’ selepas penolakan dibuat, maka
‘penerima’ itu sebenarnya satu cadangan yang baru.
-
Sebagai contoh, Ali membuat
tawaran kepada Abu '' saya ingin membeli komputer riba anda dengan harga RM1000.''
Abu menjawab, ''saya tidak berminat untuk menjualnya kepada anda.'' Keesokan harinya,
Abu berjumpa dengan Ali dan menyatakan, ''saya bersetuju menjualnya kepada anda
dengan harga seperti yang ditawarkan kelmarin.'' Belum wujud kontrak yang sah
kerana tawaran Ali sudah ditolak oleh Abu. 'penerimaan' Abu pada hari
berikutnya adalah satu tawaran baru kepada Ali. Terpulang kepada Ali mahu
menerima ataupun tidak.
b) Luput waktu atau masa
-
Seksyen 6 (b), Akta kontrak
1950 menyatakan, sesuatu tawaran itu akan terbatal dengan luputnya masa yang
sudah ditetapkan dalam cadangan itu berkenaan penerimaannya, ataupun apabila
masa tidak ditetapkan sedemikian, ia akan tamat dengan luputnya masa yang
munasabah, tanpa komunikasi penerimaan itu. Ini bermakna, jika masa penerimaan
dinyatakan dalam tawaran, maka tawaran itu akan tamat selepas habis tempoh yang
dinyatakan.
c) Kegagalan menenuhi syarat
dalam tawaran
-
Sesetengah tawaran menyebut
berkenaan syarat tertentu sebelum penerimaan boleh dilakukan. Jika syarat ini
gagal untuk dipenuhi dalam waktu munasabah, maka dengan sendirinya tawaran akan
tamat.
-
Sebagai contoh, syarikat Ah
Meng menawarkan kerja kepada Muthu dengan syarat beliau lulus dalam peperiksaan
bahasa Malaysia SPM. Muthu telah gagal dalam peperiksaan itu, maka tawaran
kerja kepada muthu itu tamat.
d) Mati ataupun gila
-
Apabila pihak yang membuat
tawaran mengalami masalah mental (gila) ataupun mati, maka kontrak itu akan
tamat kecuali penerima tawaran tidak mengetahui fakta kematian atau gila
sebelum penerimaan dibuat.
2. PENERIMAAN
Definisi penerimaan menurut seksyen 2(b) Akta kontrak
1950 adalah ‘‘ apabila orang kepada siapa tawaran itu dibuat menyatakan
persetujuan dengan tawaran berkenaan maka bolehlah dikatakan bahawa tawaran
berkenaan diterima : sesuatu tawaran bila diterima, adalah menjadi janji’’.
SYARAT
PENERIMAAN
a)
Mutlak dan tidak bersyarat
-
Setiap penerimaan perlulah
bertepatan dengan tawaran sepenuhnya. Menurut syeksyen 7 (a), penerimaan perlu
muktlak dan tidak bersyarat. Muktlak bermaksud bermaksud tiada sebarang
perubahan pada tawaran asal. Segala terma yang dinyatakan dalam tawaran
diterima secara keseluruhannya, manakala maksud tidak bersyarat pula adalah
dalam penerimaan itu tiada sebarang penambahan ataupun syarat daripada tawaran
yang sedia ada.
b)
Secara biasa dan munasabah
-
Sekiranya tawaran menetapkan
sesuatu cara untuk diterima, maka penerima harus dilakukan dengan cara yang
telah dinyatakan.
KOMUNIKASI
PENERIMAAN
Tawaran dan penerimaan perlu dikomunikasikan dengan sempurna bagi
menjadikan sesuatu kontrak itu sah dan berkuat kuasa. Seseorang yang berhasrat
hendak membuat penerimaan tidak boleh sekadar membuat pendirian penerimaan
tanpa menyatakan secara jelas kepada pembuat tawaran. Penerimaan tawaran boleh
berlaku sama ada secara tulisan, liasan, elektronik ataupun perbuatan.
Pada zaman kini, terdapat pelbagai cara untuk berkomunikasi iaitu
melalui surat, e-mail, faks, internet, sms, telefon dan sebagainya. Walaupun
terdapat pelbagai cara untuk berkomunikasi, pihak yang berkontrak tidak boleh
sewenang-wenangnya menggunakan kaedah itu. Seksyen 7 (b) memperuntukan bahawa
saluran komunikasi perlu munasabah. Munasabah ataupun tidak sesuatu saluran
komunikasi itu bergantung kepada budi bicara mahkamah.
Selain itu, seksyen 7 menetapkan, jika pembuat tawaran menyatakan
secara khusus bentuk saluran komunikasi penerima yang dikhendaki, maka penerima
perlu mematuhi bentuk komunikasi tersebut.
3. BALASAN
Menurut seksyen 2 (d) Akta kontrak 1950, balasan boleh ditakrifkan,
''menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau sesiapa sahaja
uang membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau
menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau
janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu''.
Secara umumnya, balasan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu balasan
eksekutori, balasan tersempurna dan balasan lampau. Pembahagian ini berasakan
kepada jenis-jenis kontrak iaitu antara kontrak dua hala dan kontrak satu hala.
Selain itu, pembahagian ini juga dibuat mengikut masa balasan itu dibuat.
a)
Balasan eksekutori (executory)
-
Balasan eksekutori (executor
consideration) iaitu bagi janji yang dibuat sebagai balasan kepada janji yang
lain dan ianya juga boleh ditakrifkan sebagai balasan yang juga dikenali
sebagai janji untuk membalas janji atau balasan belum terlaksana. Balasan ini
belum terlaksana tetapi akan dilaksanakan sebaik satu pihak lagi melaksanakan
janjinya.
-
Sebagai contohnya, Zaidi berjanji hendak
menjual lot tanahnya kepada Kamal dengan harga RM45,000. Kamal bersetuju dengan
janji itu. Zaidi menyerahkan hak milik tanah itu kepada Kamal dan Kamal
membayar RM45,000 kepada Zaidi. Janji penyerahan lot tanah dan wang adalah dua
balsan yang berbentuk eksekutori kerana ia dilaksanakan selepas kontrak dibuat.
-
Kebanyakaan kontrak berasaskan balasan
eksekutori seperti urus niaga jual beli, sewa, pinjaman, perkhidmatan dan
sebagainya biasanya menggunakan balasan eksekutori. Balasan jenis ini
tersempurna dan jarang berlaku dalam amalan kontrak.
b)
Balasan tersempurna (executed)
-
Balasan lampau (executed
consideration) untuk janji yang dibuat bagi membalas sesuatu yang dilakukan.
Balasan ini wujud apabila datu pihak telah melaksanakan janjinya mengikut
kontrak. Maka bertanggungjawab wujud terhadap satu pihak lagi untuk
melaksanakan janjinya. Janji yang belum dilaksanakan ini juga dikenali sebagai
balasan yang akan dilaksana, iaitu janji untuk membalas perbuatan yang telah
dilakukan oleh satu pihak lagi.
-
Sebagai contohnya, Alif membuat
iklan, ''sesiapa yang menjumpai kucing saya dan memulangkannya akan diberi
RM100.'' Aminah yang menjumpai kucing itu dan memulangkan kembali kepada Alif.
Beliau telah mendapat habuan sebanyak RM100. Wang RM100 itu merupakan balasan
kepada balasan daripada pihaknya yang melaksana apa yang telah diiklankan oleh
Alif.
c)
Balasan lepas atau lampau
-
Balasan lampau (past consideration)
iaitu balasan yang dibuat sebelum janji dilakukan. Kontrak yang megandungi
balasan ini dimulakan dengan balasan yang dibuat secara sukarela oleh satu
pihak, diikuti oleh janji daripada pihak lain dan seterusnya pelaksanaan
balasan oleh pihak yang berjanji itu. Ini bermakna, balasan itu dilakukan
secara sukarela sebelum janji dibuat. Janji yang dibuat seolah-olah sebagai
hadiah ataupun ganjaran atas apa yang sudah dilakukan.
-
Sebagai contohnya Bella telah
menjumpai kad pengenalan kepunyaan Ayu dan menyerahkannya kepada Bella. Bella
kemudian berjanji memberikan ganjaran RM50 kepada Ayu. Janji Bella untuk
membalas perbuatan Ayu yang telah dilakukan dan merupakan balasan lampau.
4.
KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK
(CAPACITY)
Setiap pihak yang ingin berkontrak haruslah
mempunyai keupayaan untuk untuk berkontrak dari segi undang-undang. Menurut
seksyen 10 AK 1950 memperuntukan semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat
atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu
balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan
dengan nyata mengikut ordinan ini bahawa ianya batal.
Manakala menurut seksyen 11 pula
memperuntukan tentang orang yang lain untuk berkontrak iaitu setiap orang
adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang
mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang
kelayakan untuk membuat kontrak menurut
mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.
GOLONGAN YANG LAYAK UNTUK BERKONTRAK
Tidak semua pihak yang layak untuk
berkontrak. Menurut Seksyen 11, Akta Kontrak 1950, terdapat 3 golongan yang
layak untuk berkontrak iaitu :
a)
Dewasa
-
Menurut Akta Umur dewasa 1971,
umur belum dewasa bagi semua lelaki dan perempuan ialah dan adalah terhad
kepada 18 tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu ialah
umur dewasa di Malaysia.
-
Semua perhitungan umur di bawah
akta ini adalah mengikut kiraan kelendar Gregory. Pada menghitung umur
seseorang, hari orang itu dilahirkan hendaklah dikira sebagai satu hari penuh,
dan dia hendaklah disifatkan telah mencapai umur 18 tahun pada permulaan ulang
tahun kelapan belas hari itu.
-
Majlis Penasihat Raja (Privy
Council) telah sebulat suara memutuskan bahawa seksyen 10 dan 11 daripada
AK1950 India, seseorang remaja tidak boleh membuat kontrak yang sah.
Terdapat 5
pengecualian kepada prinsip tersebut iaitu :
i.
Kontrak keperluan hidup
ii.
Kontrak biasiswa
iii.
Kontrak perkahwinan
iv.
Kontrak insurans
v.
Kontrak latihan
(apprenticeship)
b) Berakal sempurna
-
Sempurna akal dihuraikan dalam Seksyen 12 AK 1950 yang menjelaskan
bahawa seseorang yang dikatakan berakal sempurna untuk maksud membuat kontrak
jika, pada masa ia membuat kontrak berkenaan, ia berkeupayaan memahami kontrak
yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan
atas kepentingannya.
-
Akta kontrak membezakan antara
mereka yang mempunyai masalah mental berkekalan dan masalah mental
sementara. Mereka yang tidak berakal
sempurna secara tidak tetap iaitu kadangkala siuman dan kadangkala tidak siuman
boleh membuat kontrak semasa siuman sahaja. Keadaan ini berlaku terutamanya
dalam kes demam yang meracau ataupun mabuk akibat minum minuman keras, dadah
ataupun sebagainya.
c)
Tidak hilang kelayakan
-
Untuk membentuk satu kontrak
yang sah juga, seseorang itu haruslah tidak hilang kelayakan untuk berkontrak
mengikut sebarang undang-undang yang akan tertakluk. Hilang kelayakan bermaksud
pihak yang diiktiraf oleh undang-undang sebagai tidak lagi layak untuk terlibat
dalam sebarang urus niaga dan kontrak seperti mereka yang diisytiharkan muflis.
Orang muflis adalah penghutang yang mana hartanya dipegang oleh pemegang amanah
bagi diagih-agihkan kepada para pemiutang selepas dia diisytiharkan bankrap
oleh makamah.
CADANGAN UNTUK
PERUBAHAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA BERKAITAN
DENGAN EMPAT ELEMEN YANG DIBINCANGKAN
1.
Keterbatasan
Akta Kontrak 1950 Di dalam Urusan Kontrak Pengguna
Akta ini kurang memberi perlindungan kepada pengguna.
Keadaan ini bertambah berat dengan kemunculan pelbagai bentuk dan cara
berkontrak yang memberi kesan dengan tersebar luasnya
penggunaan teknologi dalam urusan kontrak masa kini. Undang-undang kontrak di
Malaysia boleh dikatakan boleh berfungsi sebagai satu lesen bagi satu-satu
pihak untuk mengeksploitasi kelemahan yang lain
Cadangan agar akta ini dikaji semula terutama mengenai
fungsi Akta Kontrak itu sendiri yang sepatutnya berfungsi sebagai satu platform
untuk memperkembangkan hubungan yang dibina atas dasar kepercayaan dan bukannya
mengesahkan keuntungan jangka pendek. Sepatutnya undang-undang kontak harus
memperkukuh dan membayangkan satu etika kerjasama dan bukannya individualistic
seperti diaplikasikan sekarang ini.
2. Ciri Akta Kontrak
Menunjukkan Skop Yang Tidak Menyeluruh
Perkara ini telah menimbulkan pelbagai persoalan. Kepincangan Akta
ini jelas kelihatan dalam peruntukannya yang tidak menyentuh tentang isi
kandungan sesebuah kontrak. Kes ini pernah dibangkitkan dalam penulisan Visu
Sinnadurai (1987). Akta ini tidak mempunyai atau mengandungi apa-apa peruntukan
yang menyatakan secara khusus tentang isi kandungan sesuatu kontrak.
Peruntukkan tidak dibuat mengenai pengkelasan terma-terma di dalam kontrak. Akta
ini juga membisu tentang sama ada pihak-pihak adalah secara tegasnya terikat
oleh terma nyata kontrak atau samada terma tertentu boleh disiratkan. Tiada
peruntukan khusus yang mengawal kandungan atau terma kontrak. Cadangan agar
dipinda dan ditambah satu peruntukan khusus yang mengawal kandungan atau terma-terma
kontrak yang dibuat agar ianya jelas dan memberi keadilan kepada semua pihak
yang sukarela berkontrak
Cadangan agar akta ini dikaji semula terutama mengenai
fungsi Akta Kontrak itu sendiri yangsepatutnya berfungsi sebagai satu platform
bagi memperkembangkan hubungan yang dibina atasdasar kepercayaan dan bukannya
mengesahkan keuntungan jangka pendek. Sepatutnya undang-undang kontak harus
memperkukuh dan membayangkan satu etika kerjasama dan bukannya individualistic
seperti diaplikasikan sekarang ini.
3.
Tekanan globalisasi
Memang tidak dapat dinafikan undang-undang kontrak Malaysia kini
diganggu gugat oleh tekanan-tekanan globalisasi. Ia memberi kesan yang besar
khususnya dunia perdagangan. Dizaman yang serba canggih, dengan penaklukan
teknologi digital di dunia perdagangan tempatan dan antarabangsa disertai
dengan kecanggihan sistem komputer, telekomunikasi dan teknologi maklumat, kita
melihat satu pasaran elektronik yang baharu dan sedang berkembang di seluruh
dunia.
Undang-undang kontrak amnya, di dalam keadaan sekarang ini,
sebenarnya masih belum bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang akan
diharungi. Terutamanya dalam usaha atau memberikan perlindungan dan menjaga
kepentingan pengguna di dalam kontrak. Penggubalan Akta Perdagangan Elektronik
masih belum mencukupi dan tidak mampu menyelesaikan masalah perlindungan yang
diperlukan oleh pengguna siber.
KESIMPULAN
Akta Kontrak 1950 pada asasnya
berperan melindungi pengguna dalam urusan perdagangan dan urus niaga lain dalam
kehidupan seharian. Terdapat lapan elemen utama yang menjadi asas kepada
sesebuah kontrak yang sah dan boleh berkuatkuasa. Ini termasuklah tawaran,
penerimaa, balasan, niat, kelayakan pihak yang berkontrak, ketentuan atau
kejelasan, kerelaan bebas dan kesahihan.
Perkembangan dalam globalisasi dan
urusniaga memaparkan kekurangan yang terdapat di dalam Akta Kontrak 1950. Oleh
yang demikian, usaha dan cadangan penambahbaikan perlu dilaksana dari masa ke
semasa. Ini termasuklah melakukan kajian dan semakan semasa terhadap kes-kes
lampau yang berkaitan dengan akta ini secara langsung, perbahasan dan sumbang
saran daripada tenaga akademik dan ahli perundangan, serta sikap proaktif dan
kebertanggungjawab para menteri dalam menggubal dan menguatkuasakan pindaan dan
seksyen serta peruntukan baru dalam Akta Kontrak 1950.
syarat tawaran?
BalasPadam1. jelas,lengkap dan muktamad
Padam2. penerima tawaran ditentukan
3. tawaran perlu dikomunikasikan
4. bukan bentuk pelawaan tawaran (tawaran adalah berbeza daripada pelawaan)
terima kasih atas ilmu yang bermanfaat
BalasPadamterima kasih atas perkongsian... semoga dimurahkan rezeki..
BalasPadamApakah situasi yang tidak membenarkan pemberian perlaksanaan spesifik? Boleh jawab kan??
BalasPadamJamal seorang kontraktor, dimana dia mendapat satu kontrak mengubahsuai bangunan. Beliau memerlukan pekerja tambahan dan beliau meminta khidmat Rosli dan berjanji akan memberikan bayaran di atas perkhidmatan tersebuttersebut. Rosli tidak memberikan apa-apa maklumbalas terhadap tawaran tersebut tetapi telah bertindak mendapatkan pekerja-pekerja seperti Jamal minta. Selepas seminggu Jamal anggap bahawa Rosli tidak berminat dengan tawaran Jamal dan bertindak mendapatkan pekerja yg lain. Setelah mendapati tindakan Jamal, Rosli menghubungi Jamal untuk maklumat minta bayaran tetapi Jamal enggan membayar kerana dia telah mendapatkan pekerja yg lain. Rosli membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah . Jadi apakah konsep dan isu perundangan yang timbul dalam situasi ini.
BalasPadamAda contoh soalan dan cara menjawab tak?
BalasPadamJika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740
BalasPadamboleh saya nyatakan soalan saya kat sinie tak
BalasPadamkalau saya kata tak boleh macam mane ?
Padamsoalan saya
BalasPadamsaya membeli sebuah basikal dengan sepupu saya dengan harga .... lepas tu ayah saya mengatakan untuk membayarnya bagi pihak saya. tetapi sepupu saya naksaya yang bayarkan . itu dikira sebagai apa ya
nak tanya, klu soalan assignment saya adalah pengesyoran pindaan untuk elemen tawaran macam mana pula?
BalasPadamtaktahu la
Padammacam mana pula kalau soalan assignment meminta untuk menyatakan sesebuah kontrak boleh dibuat melalui cara seperti berikut ? nyatakn 3 cara tersebut.
BalasPadamni pun saya taktahu
Padam