Sabtu, 23 Mei 2015

PENGURUSAN PEMASARAN



ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN

Campuran pemasaran (marketing mix) atau lebih dikenali sebagai 4P yang merujuk kepada elemen strategi utama yang perlu direka bentuk dan diurus oleh pemasar bagi menghasilkan proses pertukaran nilai yang memaksimumkan kepuasan pengguna. Oleh itu, produk, perletakan harga, pengedaran dan promosi merupakan empat elemen yang membentuk campuran pemasaran.

         Bagaimanapun, bagi pemasar perkhidmatan, campuran pemasaran bagi organisasi perniagaan berkenaan dikenali 7P. Ini kerana, selain  perlu mereka bentuk strategi produk (perkhidmatan), perletakan harga, pengedaran dan promosi, pemasar perkhidmatan perlu menyokong proses pemasar perkhidmatan dengan menghasilkan :
·         Bukti-bukti fizikal (physical evidence) seperti tanda perniagaan, tanda arah, perhiasan dalaman dan sebagainya.
·         Pengurusan manusia(person) iaitu, staf dan pengguna
·         Proses penghasilan perkhidmatan (process).

a)                 Produk

Produk merupakan tawaran pemasar untuk lihat (peragaan), dicuba dan digunakan untuk tujuan peribadi, isi rumah, pengeluaran atau jual semula.Produk merangkumi dua kategori utama iaitu, produk ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible).Produk ketara dikenali sebagai ‘barangan’ manakala produk tidak ketara pula dikenali sebagai ‘perkhidmatan’.

Apabila organisasi sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan produk ke dalam pasaran, mereka harus bertanya diri sendiri soalan-soalan berikut:
1.      Kepada siapa produk dikeluarkan?
2.      Apakah faedah pelanggan akan mengharapkan daripadanya?
3.      Apa yang akan menjadi kelebihan berbanding produk pesaing?
4.      Bagaimana untuk Tempatkan produk dalam pasaran?

Jawapan kepada soalan-soalan ini akan membantu firma reka bentuk, pakej dan menambah nilai kepada produk mereka.Sebagai contohnya Samsung Electronics Co. Ltd telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Tab 2.0. Samsung galaxy tab adalah komputer tablet yang mengunakan Android sebagai platform sistem operasi produk mereka. Ianyatelah dipasarkan pada 2 Mac 2012 di IFA Berlin.

b)                Perletakan harga

Harga boleh di definisikan sebagai nilai pertukaran sesuatu barangan atau perkhidmatan, dengan kata lain jumlah dalam nilai wang yang sanggup dibayar oleh pembeli untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan. Harga yang dimaksudkan adalah harga tercatat yang merangkumi kos tersembunyi. Harga yang tercatat merupakan harga selepas mengambil kira unsur pembungkusan, pengeluaran, pengiklanan, pengangkutan dan margin keuntungan.

Perletakan harga pula merujuk kepada pengurusan harga akhir yang dipilih oleh pemasar. Keputusan tentang perletakan harga lazimnya dipengaruhi oleh tiga perkara utama iaitu, kos, pengguna dan pesaing. Contohnya syarikat produa telah mengeluarkan kereta myvi dengan pelbagai variasi iaitu kereta produa myvi se, myvi premium dan myvi basic. Ketiga-tiga model ini mempunyai ciri dan harga yang berbeza bersesuaian dengan kemampuan pelanggan.

c)                  Pengedaran

            Produk yang telah siap dan dipadankan dengan tingkat harga perlu disalurkan ke pasaran menerusi sistem yang dikenali sebagai saluran pengedaran untuk memudahkan produk diperolehi oleh pengguna.Terdapat dua keputusan penting dalam saluran pengedaran, iaitu keputusan tentang bentuk saluran dan pengurusan saluran.

            Aspek saluran pengedaran produk berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan produk kepada pengguna sasaran.Ianya melibatkan aktiviti perkhidmatan seperti transaksi, inventori, lojistik dan kelengkapan fasiliti.Disamping itu, strategi ini juga perlu mengambilkira faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap perkhidmatan mereka.

            Menawarkan produk yang betul, di tempat atau lokasi yang betul dan pada masa yang betul, adalah tujuan kepada strategi ini.Kesemua ini sangat bergantung kepada keberkesanan saluran-saluran pengedaran yang ditetapkan.Bagaimana produk ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka.

d)                 Promosi

            Promosi merupakan elemen dalam campuran pemasaran yang digunakan untuk memberitahu, menyuruh dan mengingatkan pengguna tentang kewujudan sesuatu produk.Keadah-keadah promosi seperti pengiklanan, promosi jualan, jualan perorangan, perhubungan awam dan publisiti atau lebih dikenali sebagai campuran promosi, perlu diurus bagi memastikan kejayaan menyeluruh untuk mempengaruhi pengguna.

            Antara kaedah promosi yang sering digunakan oleh syarikat Samsung ialah promosi melalui majalah, media cetak,media elektronik dan sebagainya.Selain itu juga, syarikat Samsung sering mengadakanpameran dagangan.Pameran dagangan merupakan pameran formal untuk syarikat Samsungmemperkenalkan dan mendemonstrasikan produk mereka kepada pelanggan berpotensi, danseterusnya kepada jualan. Sesetengah pelawat yang ke pameran dagangan mungkin tidak akanmembeli produk pada hari lawatan mereka ke pameran dagangan tetapi mereka boleh menjadi pembeli yang berpotensi di masa hadapan.

CAMPURAN PEMASARAN DALAM SYARIKAT DUCTH LADY MALAYSIA

            Elemen produk, harga, saluran agihan dan promosi adalah merupakan unsur pemasaran yang digabungkan dan dibentuk menjadi strategi pemasaran syarikat Ducth Lady Malaysia. Empat elemen ini dikenali juga sebagai campuran pemasaran :

1.      Produk (Product)

            Produk merupakan elemen utama dalam campuran pemasaran. Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkankepada pasaran yang selalunya mempunyai sifat-sifat yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pengguna semasa melakukan pertukaran. Pengguna selalunya bukan setakat mahukan produk, mereka mencari beberapa manfaat yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Oleh itu, tawaran produk syarikat ducth lady Malaysia merangkumi produk utama ditambah lain-lain manfaat yang boleh menarik dan memujuk pengguna untuk membeli.

            syarikat ducth lady Malaysia juga menitikberatkan soal kualiti, reka bentuk dan  kebersihan barangan bagi memastikan produk yang ditawarkan benar-benar mencapai piawaian yang telah ditetapkan. Dari segi pembungkusan pula, syarikat ducth lady Malaysia menggunakan cara pembukusan yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, sesuai dan menarik ini kerana Pengguna masa kini mula mencari produk atau keluaran yang mempunyai bungkusan dan pelabelan yang menarik. 

2.      Harga (Price)

            Harga adalah didefiniskan sebagai nilai yang harus dibayar oleh pengguna atau pembeli kepada peniaga sebagai pulangan kepada barangan yang ditawarkan. Umumnya, menjadi fahaman bahawa harga melambangkan kualiti produk. Tetapi, dalam realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan harga yang strategik. Strategi penetapan harga menjadi penting di atas kesedaran pemasar bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan sesuatu produk.

            Di masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan kepada objektif yang hendak dicapai daripada pemasaran itu sendiri. Samaada memperkenalkan produk baru ke pasaran, memasuki segmen baru pasaran, menstabil harga atau menandingi harga pesaing, jualan penghabisan stok, jualan produk yang spesifik, dan sebagainya. Strategi harga sepatutnya mempunyai kriteria yang berbeza kepada pemasar, harga merupakan kaedah meghasilkan pendapatan dan mencipta keuntungan. Kepada pembeli pula ianya melibatkan aspek seperti kemampuan membeli, berpatutan dan berfaedah. Insentif lain seperti diskaun dan harga promosi dapat mempengaruhi minat pengguna untuk membeli produk.

Bagi syarikat Ducth Lady Milk Industries Bhd, pihak syarikatmengehadkan kenaikan harga ke atas semua produknya hanya antara tiga hingga lima peratus bagi memastikan penguasaan pasarannya tidak terjejas dan tidak akan menaikkan harga produk dengan ketara hanya untuk mengaut keuntungan sementara.

“Sebaliknya kami bersedia mengurangkan margin keuntungan, kerana bagi Dutch Lady penguasaan pasaran adalah lebih penting daripada keuntungan singkat,” katanya mengulas laporan bahawa pengeluar produk berasaskan tenusu terbesar tempatan itu akan menaikkan harga runcit beberapa produknya berikutan kenaikan kos bahan mentah produk tenusu di pasaran dunia.

Ruygrok berkata, justeru syarikat sedia menyerap sebahagian kos kenaikan bahan mentah, pada masa sama meningkatkan kecekapan pengeluaran supaya kenaikan harga hanyalah minimum.

"Kami yakin jika mampu terus menjual lebih banyak unit pada harga rendah, syarikat akan terus mencatatkan keuntungan,” Cess Ruygrok, Pengarah Urusan Ducth Lady Malaysia.
                                                                                               (Sumber: Berita Harian)

3.      Tempat / Saluran Agihan( Place)

            Tempat atau saluran pengedaran adalah merupakan elemen pemasaran untuk memastikan produk sampai kepada pengguna. Aspek penting dalam strategi tempat ialah pengguna mendapat akses kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Produk yang ditawarkan perlu berada ditempat yang sesuai dengan kualiti dan kuantiti yang pengguna mahukan.

            Pengedaran boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Pengedaran langsung ialah pengedaran di mana pemasar berhubung terus dengan pengguna atau terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakala pengedaran tidak langsung pula melibatkan pemborong, orang tengah, peruncit dan lain-lain. Faktor-faktor penting di dalam pemilihan saluran pengedaran ialah seperti :
·         Saiz pasaran
·         Ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
·         Strategi pemilihan orang tengah
·         Saluran pengedaran yang digunakan oleh pesaing
·         Keupayaan syarikat atau kebolehan pekerja

Menawarkan produk yang betul, di tempat atau lokasi yang betul dan pada masa yang betul, adalah tujuan kepada strategi ini. Kesemua ini sangat bergantung kepada keberkesanan saluran-saluran pengedaran yang ditetapkan. Bagaimana produk ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka.

(Saluran pengedaran yang di gunakan oleh Syarikat Ducth lady Malaysia)

4.      Promosi (Promotion)

            Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah) komunikasi yang digunakan untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-kaedah promosi  ini terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan , publisiti jualan, publisiti dan jualan persendirian.

             Terdapat juga anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya. Tetapi, dalam strategi mempromosi, pemasar melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk yang hendak ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah promosi perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya membuat keputusan untuk menggunakan produk. Tanpa aktiviti promosi, pemasaran produk yang berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri sukar memperoleh tahap kompetitif yang dikehendaki di pasaran.

            Untuk menarik pengguna membeli produk bukannya tugas yang mudah. Mereka perlu dipengaruhi, bukan setakat di perkenal sahaja. Mereka perlu diberi kesedaran hingga mereka merasa perlu untuk membeli produk yang ditawarkan.

            Saluran pengiklanan melalui media massa utama, antara kaedah promosi yang digunakan syarikat Ducth Lady Malaysia untuk mempromosi produk mereka. Walaupun tahap keberkesanannya agak sukar diukur, tetapi yang lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang meluas.

            Di samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain turut digunakan. Kaedah memberi sample susu secara percuma kepada murid-murid di sekolah boleh membantu mereka untuk menanam minat mereka terhadap susu seterusnya kepada jenama susu Ducth Lady, ini merupakan salah satu kaedah untuk mengingatkan mereka kepada jenama syarikat dan seterusnya menjadi pembeli yang setia pada masa hadapan.

 
CADANGAN KEPADA PENAMBAHBAIKAN ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN

1.      Mewujudkan dan memantapkan pangkalan pelanggan dan pemasaran pangkalan data

           Untuk mengenal dan menjalinkan hubungan erat dengan pelanggan, syarikat harus mengumpulkan maklumat berkenaan pelanggannya dan menyimpan maklumat itu dalam pangkalan data pelanggan dan kemudian melaksanakan pemasaran pangkalan data. Pangkalan pelanggan adalah satu koleksi maklumat pelanggan atau bakal pelanggan yang menyeluruh, semasa dan sedia digunakan untuk tujuan pemasaran seperti penjanaan bakal pelanggan (lead generation), kelayakan bakal pelanggan (lead qualification), Penjualan produk atau perkhidmatan atau penyelenggaraan perhubungan pelanggan. 

           Pemasar pangkalan pula adalah satu proses pembinaan, penyelenggaraan dan penggunaan pangkalan data pelanggan dan pangkalan-pangkalan data lain (produk, agen, pembekal) untuk tujuan komunikasi, mengurus niaga dan menyalin perhubungan erat dengan pelanggan.

2.      Penggunaan medium baharu dan terkini
  
                 Pada zaman globalisasi dan kepesatan teknologi jelaslah sekali terlalu banyak persaingan dalam perniagaan yang dijalankan. Oleh yang demikian,syarikat Ducth Lady Malaysia seharusnya merebut peluang secepat mungkin untuk menggunakan medium baharu dan terkini untuk menarik pelanggan baharu serta untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Perniagaan masa kini dapat dijalankan melalui laman sosial dengan cara memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan sekali gus dapat mengiklankannya. Laman sosial dilihat sebagai medium hebahan pelbagai maklumat dan ianya sangat berkesan kerana rangkaiannya yang luas, kos yang murah, pantas dan menarik.

                  Dahulu perniaga sering mengiklankan perniagaan mereka melalui poster, iklan , akhbar atau melalui media massa seperti television dan radio. Kini media sosial seperti Facebook , Blog ,Youtube , Twitter dan lain-lain kini telah menjadi medium baharu untuk tujuan mempromosikan barangan perniagaan. Dengan menggunakan media sosial seperti ini membolehkan perniagamendapatkan pelanggan baru yang lebih banyak dan mendapat maklum balas dengan lebih pantas dan berkesan. 

                 Selain itu juga penggunaan medium baharu ini dapat membina hubungan baik dengan pelanggan. Membina hubungan baik adalah salah satu cara mengkembangkan perniagaan. Dengan media sosial membolehkan kita berkongsi maklumat mengenai perniagaan kita kepada orang ramai. Kini media sosial bukan sahaja sebagai mediaum untuk bersosial tetapi juga untuk membantu dalam perniagaan.

3.      Penyelidikan dan pembangunan (R&D)& inovasi secara berterusan bagi menghasilkan produk bernilai tinggi dan berkualiti
     
      Kepentingan aktiviti penyelidikan dan pembangunan R&D telah lama diketahui umum.Aktiviti ini dapat membantu organisasi membangukan industri yang sedia ada dengan pembaikan teknologi dan seterunya mempertahankan daya saing dalam pasaran.Akitivi ini juga membantu dalam penghasilan produk yang bernilai tinggi dan berkualiti.

      Pelaburan dalam R&D akan memberi pulangan atau keuntungan pada jangkamasa panjang serta dapat meningkatkan daya saing sektor industri. Selain itu, melalui
Pembangunan teknologi hasil daripada R & D sendiri, dapat meningkatkan kekuatan, kebangaan, dan pengiktirafan terhadap barangan keluaran sendiri.

4.      Mempelbagaikan bentuk promosi

           Untuk menarik minat dan menggekalkan pelanggan yang sedia ada pihak syarikat ducth lady Malaysia perlulah mempelbagaikan bentuk promosi produk. Cara yang mungkin dapat digunakan oleh syarikat adalah promosi dengan memberi sample percuma kepada orang ramai, aktiviti permainan yang menghiburkan dengan kanak-kanak, promosi melalui pendidikan di sekolah-sekolah, khidmat sosial, pertandingan inovasi penggunaan produk dan sebagainya dapat mempromosi lagi produk dan dapat mengukuhkan lagi jenama ducth lady.  

5.      Meletakan produk pada harga yang berpatutan

           Pengguna masa kini lebih gemar mencari dan memilih produk-produk yang murah sejajar dengan kenaikan kossara hidup. Oleh yang sedemikian, pihak syarikat ducth lady Malaysia seharusnya membandingkan harga produk mereka dengan produk persaing dari masa ke semasa agar harga mereka kompetitif dan dapat bersaing dalam pasaran.

6.      Memperluas saluran pengedaran ke peringkat antarabangsa
                                  
                      Memperluas saluran pengedaran ke paringkat antarabangsa seharusnya menjadi salah satu strategi dan keutamaan syarikat. Dengan memperluas saluran pengedaran ke luar Negara dapat membantu mempekembangkan lagi operasi organisasi, seterusnya dapat meningkat lagi permintaan terhadap produk.

KESIMPULANNYA
          
           Pemasaran adalah merupakan bahagian pengurusan perniagaan yang sangat penting. Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat tidak akan memberi apa – apa makna, malah akan merugikan syarikat berkenaan sekiranya produk atau perkhidmatan yang ditawarkan tidak dapat dipasarkan dengan berkesan. Ini bermakna aktiviti pemasaran menjadi nadi kepada kelansungan sesebuah syarikat perniagaan. Tidak hairanlah, apabila didapati sesebuah syarikat membelanjakan sejumlah wang yang begitu banyak untuk tujuan pemasaran produk mereka

           Perlaksanan strategi yang baik adalah permulaan kearah pemasaran yang berjaya. Strategi pemasaran yang mampan tidak begitu bermakna jika syarikat gagal untuk melaksanakannya dengan baik. perancangan strategik perlu dilaksanakan bagi menjamin pengurusan perniagaan yang dinamik. organisasi perlulah membuat perancangan pemasaran yang melibatkan penentuan strategi pemasaran yang akan membantu untuk mencapai keseluruhan objektif-objektif strategik.