Sabtu, 23 Mei 2015

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

PENGENALAN

Hari ini pada era dunia tanpa sempadan, perniagaan antarabangsa perlu diakui kepentingannya. Perdagangan antarabangsa bermula dari suku bangsa afrika utara yang mula berdagang buah kurma dan pakaian untuk mendapatkan rempah dan minyak zaitun dari timur tengah, ianya dikatakan telah wujud sejak tahun 2000 S.M. Pada zaman kini pula  perkembangan perniagaan antarabangsa disebabkan oleh beberapa faktor seperti perkembangan pasaran, pembelian sumber, tekanan persaingan, perubahan teknologi, perubahan sosial dan perubahan polisi dagangan kerajaan dan polisi pelaburan.

Perniagaan antarabangsa meningkat lebih separuh terakhir abad kedua puluh, sebahagiannya kerana liberalisasi perdagangan dan pelaburan, dan sebahagiannya kerana menjalankan perniagaan antarabangsa telah menjadi lebih mudah. Dari segi liberalisasi, perjanjian am mengenai tarif dan perdagangan (GATT) pusingan rundingan menyebabkan liberalisasi perdagangan, dan ini telah diteruskan dengan pembentukan pertubuhan perdagangan sedunia (WTO) pada tahun 1995. Pada masa yang sama, pergerakan modal, pergerakan modal di seluruh dunia telah diliberalisasikan oleh kebanyakan kerajaan-kerajaan, terutamanya dengan kedatangan pemindahan dana elektronik. Di samping itu, pengenalan unit baharu eropah monetari, euro kedalam edaran pada bulan januari 2002 telah memberi impak terhadap perniagaan antarabangsa dari segi ekonomi.

Perniagaan antarabangsa boleh ditakrifkan sebagai segala urus niaga yang dikendalikan diantara satu negara dengan negara lain atau dengan kata lain peniagaan antarabangsa adalah pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang mengarahkan aliran produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat kepada pengguna di lebih dari sebuah negara untuk mendapatkan keuntungan. Urus niaga antarabangsa ini dapat dilihat melalui pembelian bahan mentah dari satu negara yang kemudian ianya dihantar ke negara lain untuk diproses, mengeksport produk negara yang lain untuk dijual, dan membina sebuah kilang di negara asing untuk mendapatkan kos tenaga buruh yang lebih kompetitif. Pihak yang mengendalikan urus niaga perdagangan antarabangsa biasanya terdiri daripada individu-individu, syarikat-syarikat persendirian dan korporat mahupun agensi kerajaan.

Apakah perbezaan di antara pemasaran domestik dan pemasaran antarabangsa? perniagaan domestik melibatkan urus niaga di dalam negara sendiri manakala perniagaan antarabangsa pula melibatkan urusniaga yang merentasi sempadan. Perniagaan antarabangsa berlainan dengan perniagaan domestik dari segi kegunaan mata wang, sistem perundangan, budaya dan bahan mentah.  

Syarikat antarabangsa boleh memilih untuk melakukan perniagaan dalam pelbagai cara. Antara yang paling biasa termasuk eksport dan import, pelaburan asing secara langsung, pelesenan, francais, kontrak pengurusan, kontrak perkilangan dan projek '' turnkey ''. Bagi malaysia peniagaan yang biasa digunakan adalah seperti eksport dan import, pelaburan asing secara langsung, pelesenan dan francais.

Pelesenan ialah apabila sesebuah syarikat disesebuah negara mengeluarkan lesen untuk membenarkan penggunaan harta intelek seperti paten, cap dagangan, jenama dan sebagainya. Francais pula ialah apabila sesebuah syarikat memberi hak atau kebenaran istemewa kepada syarikat atau pengusaha lain untuk menggunakan jenama, logo dan teknik beroperasi untuk memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Projek turnkey adalah apabila sesebuah negara memberi kontrak kepada sebuah firma di negara lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Kontrak pengurusan pula ialah apabila sesebuah syarikat mempunyai kemahiran bersetuju untuk mengendalikan operasi atau memberi khidmat pengurusan kepada syarikat negara lain dengan mengenakan bayaran tertentu.

 FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN ANTARABANGSA

Setiap organisai yang memceburi perniagaan antarabangsa akan menghadapi pengaruh-pengaruh luar yang tentunya akan memberi kesan terhadap perniagaan antarabangsa ini kerana organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah laku. Sebelum organisasi tersebut merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenal, menganalisi dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu.Terdapat empat pengaruh-pengaruh luar yang mempengaruhi perniagaan antarabangsa iaitu polisi politik dan undang-undang, faktor budaya, kuasa ekonomi dan pengaruh geografi

           a. Polisi Politik Dan Undang-Undang

Organisasi perniagaan yang ini melabur di sesebuah Negara asing harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah diamalkan oleh Negara tersebut, ini kerana sistem politik setiap Negara adalah berbeza. Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.

Contoh lain yang dapat kita lihat adalah larangan kerajaan Malaysia terhadap syarikat-syarikat Malaysia supaya tidak menjalankan sebarang urusniaga dengan Negara Israel dan Negara-negara lain yang mempunyai konflik yang sama.

           b. Faktor Budaya

Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran sosial dan budaya perlu di titik beratkan, ini kerana setiap Negara mempunyai sistem budaya yang unik dan berlainan. Syarikat yang ingin melabur perlulah memahami terlebih dahulu sistem budaya sesebuah Negara tersebut seperti corak kehidupan yang diamalkan, sikap, nilai sosial, kepercayaan dan sebagainya supaya ianya dapat membantu syarikat dalam membuat perancangan bagi penyaluran produk yang di boleh diterima oleh Negara tersebut.

Sebagai contoh, Negara Malaysia mempunyai lapisan masyarakat yang berbilang kaum seperti melayu, cina dan india, dimana setiap kaum ini yang mempunyai nilai-nilai etika mereka yang tersendiri dan berlainan. Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan masyarakat tersebut. Sebagai contoh, keperluan dan permintaan terhadap makanan halal untuk pasaran umat Islam di Malaysia yang ingin dibawa masuk, haruslah mempunyai logo halal dari Negara asal yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Kesedaran tentang memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan mengembangkan perniagaannya dimasa hadapan.

c.      Kuasa Ekonomi

Dengan memahami sistem ekonomi sesebuah Negara, ia dapat menjelaskan berkenaan kewujudan fenomena. Sebagai contoh mengapa terdapat banyak Negara yang menukar barangan dan perkhidmatan di Antara satu sama lain? kenapa sesebuah Negara maju dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian dibandingkan dengan Negara kecil yang masih menggunakan mesin-mesin pengeluaran yang kurang berkualiti dan murah?

Kefahaman yang mendalam mengenai kuasa ekonomi sesebuah Negara akan dapat menerangkan mengapa Negara tersebut terpaksa meminjam wang dari Bank Dunia untuk membina infastruktur seperti jalan raya bagi memudahkan sistem pengakutan Negara tersebut.

d.     Pengaruh Geografi

Pengaruh geografi sangat penting kepada usahawan yang ingin melabur ke luar Negara. Terdapat usahawan yang tidak mahu melabur dalam perniagaan antarabangsa disebabkan lokasi Negara asing yang jauh dan ini akan meningkatkan kos pengakutan.

Pengaruh geografi memberi petunjuk kepada usahawan untuk mengenal pasti mengapa sesebuah Negara mengalami hujan – ribut, kemarau, banjir, bencana alam dan lain-lain yang akan memberi kesan kepada perniagaan. Kebanyakan syarikat antarabangsa lebih gemar berniaga dengan Negara jiran bagi memudahkan mereka untuk mengawal pelabur mereka di Negara tersebut. 

SISTEM EKONOMI DAN FAKTOR KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA DENGAN MALAYSIA : NEGARA CHINA

Sistem ekonomi merujuk kepada satu set institusi sosial yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah masyarakat. Sistem ekonomi terdiri dari manusia dan institusi, termasuk hubungan mereka dengan sumber produktif seperti harta yang dimiliki. Sistem ekonomi cuba menyelesaikan masalah ekonomi melalui cara yang sistematik untuk pembahagian sumber yang terhad.
Contoh sistem ekonomi masa kini adalah:
  1. Sistem ekonomi kapitalis
  2. Sistem ekonomi sosialis
  3. Sistem ekonomi campuran
3.1.  Sistem Ekonomi Negara China
Negara China mengamalkan ekonomi campuran. Ekonomi campuran adalah sistem ekonomi yang menggabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi. Ekonomi campuran mempunyai unsur kapitalisme dan sosialisme. Menurut (Yearm 2006: 24) pula, sistem ekonomi campuran adalah satu sistem di mana pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi.

Kelebihan menggunakan sistem ekonomi campuran adalah:
1.      Kegiataan ekonomi yang stabil
-     Kerajaan boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi melalui dasar fiskal dan kewangan

2.      Agihan pendapatan yang lebih setara
-     Individu dan firma dalam ekonomi mempunyai kebebasan untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran
-     Pelaksanaan sistem percukaian dan pemberian subsidi untuk mengecilkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin.

China dan Malaysia sudah menjadi rakan akrab yang saling menyokong dan mempercayai seiring dengan kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala, kepentingan bersama antara kedua-dua negara akan turut meningkat, dan ianya akan memberi manfaat kepada rakyat. Beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara Malaysia China meningkat dengan pesat. Sejak tahun 2008, Malaysia telah menjadi rakan dagang terbesar China di dalam ASEAN selama 3 tahun berturut-turut manakalan china pula menjadi rakan dagang tersebar Malaysia selama 2 tahun berturut-turut. pada tahun 2010, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara ini mencecah 74.2 bilion dolar Amerika, yang mencatat rekod tertinggi dalam sejarah. 

Beberapa dokumen perjanjian, termasuk perjanjian bagi meningkatkan lagi dalam bidang ekonomi dan perdagangan, telah ditandatangani antara China Malaysia antaranya perjanjian kawasan perdagangan bebas China – ASEAN (CAFTA). Perjanjian ini adalah untuk meluaskan skop eksport masing-masing di samping memperatkan kerjasama dalam bidang pelaburan dua hala, kewangan, pendidikan, sains dan teknologi serta pembinaan prasarana.

Faktor Kejayaan Dalam Pelaburan Antarabangsa Dengan Malaysia

1.      Politik Dan Dasar Kerajaan

Salah satu faktor utama yang telah menarik pelabur-pelabur China melabur di Malaysia ialah keadaan politik di malaysia. Selain keadaan politik Malaysia yang stabil dan aman dasar-dasar kerajaan juga memainkan peranan penting bagi menarik pelaburan asing. Antara inisiatif pelaburan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia ialah mengadakan skim galakan kepada pelabur asing. Ini merupakan daya tarikan yang penting bagi menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat-syarikat asing yang sedia ada. dasar kerajaan seperti ini telah menarik minat pelabur china untuk membuka kawasan indusri di Gebeng, Kuantan yang dikenali sebagai  Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).

Selain itu juga, dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga telah melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan seperti dapat menarik minat para pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal di mana pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal.

2.      Hubungan Bilateral

Hubungan bilateral antara kerajaan negara China dan negara Malaysia telah wujud sejak tahun 1974 iaitu dari zaman pemerintahan perdana menteri kedua malaysia, Tun abdul Razak dan kini hubungan kedua-dua negara masih diteruskan dan diperkukuhkan oleh anaknya pula iaitu Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Hubungan bilateral diperkukuh melalui lawatan diplomatik Perdana Menteri ke negara china. Ini dapat dibuktikan dengan lawatan perdana menteri pada 31 mei 2014 untuk melengkapkan 40 tahun hubungan bilateral Malaysia China yang tejalin sejak tahun 1974.

Bagi menghargai hubungan bilateral yang telah terjalin sekian lama, kerajaan china telah bersetuju utnuk meminjamkan panda gergasi selama 10 tahun sebagai salah satu bentuk manifestasi keakraban dan kemesraan hubungan dua hala yang sebenarnya dan membawa erti yang lebih besar dan luas dalam konteks hubungan antarabangsa. Kejayaan hubungan bilateral ini telah memberi impak yang positif terhadap ekonomi negara dan menarik pelabur untuk melabur di negara malaysia.

3.      Ekonomi

Malaysia adalah sebuah negara membangun dimana ekonomi dahulunya bergantung kepada komoditi rendah dan pertanian dalam era 60-an, Kini Malaysia telah menjadi rangsangan ekonomi berpandukan eksport melalui industri-industri berteknologi tinggi, berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal. Malaysia mendapat jolokan sebagai "negara bertuah" kerana kaya dengan sumber-sumber galian dan tanah subur.

Pendekatan pengurusan pragmatik dan fleksibel Malaysia mendorong peningkatan daya saing ekonomi dan meningkatkan daya tahan ekonomi dalam menghadapi pelbagai cabaran. Ukuran dibuat untuk memperluaskan dan mempelbagaikan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan yang mampan. Usaha yang berterusan dilakukan untuk meningkatkan sektor perkhidmatan, mempercepatkan penambahan nilai sektor perkilangan serta meningkatkan sektor pertanian dan berasaskan agro sebagai jentera pertumbuhan ketiga. Sumber-sumber baru pertumbuhan seperti bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, produk-produk halal dan kewangan Islam, terus diperkembangkan dan dimajukan. Sesungguhnya Malaysia membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, berpandukan kepada modal insan, inovasi dan idea.

4.      Kemudahan Infrastruktur

kemudahan infrastruktur juga menjadi fakrot kejayaan pelaburan dengan Malaysia, Usaha berterusan Malaysia untuk membangunkan dan menaikan taraf infrastrukturnya telah menghasilkan salah satu daripada pembangunan infrastruktur yang paling sempurna di kalangan negara-negara pengindustrian baru Asia. Malaysia boleh berasa megah kerana mempunyai (missing word) satu daripada infrastruktur paling sempurna di antara negara pengindustrian baru

Satu Peristiwa bersejarah ialah penyiapan Lapangan terbang terbesar di Malaysia, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),bandar pintar pertma Malaysia Cyberjaya, Koridor Raya Multimedia negara (MSC), KL Sentral, pusat pentadbiran baru kerajaan Putrajaya dan yang tebaru Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2),

SISTEM EKONOMI DAN FAKTOR KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN
ANTARABANGSA DENGAN MALAYSIA : AMERIKA SYARIKAT

Berlainan dengan sistem ekonomi negara china, sistem ekonomi yang diamalkan di amerika syarikat adalah sistem ekonomi kapitalis. Sistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciri terpenting sistem ini ialah ia mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini,  manusia bebas mentadbir dan menggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya.

Di bawah sistem ini , individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur.

4.1. Faktor Kejayaan Dalam Pelaburan Antarabangsa Dengan Malaysia

1.      Pasaran Modal

Salah satu faktor kejayaan Amerika Syarikat dalam pelaburan dengan Malaysia adalah pasaran modalnya. Peningkatan status pasaran modal Malaysia daripada “sekunder” kepada “baru muncul maju”, menarik minat pelabur dari Amerika Syarikat untuk melabur di malaysia dan ia telah berjaya menarik sehingga US$3 bilion dalam aliran masuk modal baru dan menaikkan kedudukan Malaysia dalam indeks antarabangsa.

Selain itu, Pelabur dari Amerika Syarikat boleh memanfaatkan Asean sepenuhnya, ini kerana Asean mempunyai lebih 600 juta rakyat, manakala pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar dijangka pada purata enam peratus setahun.

“Jika Asean merupakan negara tunggal, ia akan bernilai US$2 trilion, dan pada kedudukan ekonomi kesembilan terbesar dalam dunia dan ketiga terbesar di Asia’’ (Perdana Menteri Malaysia, Dato’ seri Najib Bin Tun Abdul Razak )

2.      Liberalisasi Perkhidmatan

Selain pasaran modal faktor kejayaan Amerika Syarikat dalam pelaburan dengan malaysia adalah kerana liberalisasi perkhidmatan. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ seri Najib telah mengumumkan untuk terus meliberalisasikan perkhidmatan utama selain daripada meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan. Beliau menjangka sektor perkhidmatan, tidak termasuk perkhidmatan kerajaan, akan berkembang lebih tujuh peratus setahun sehingga 2015, meningkatkan sumbanganya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 61 peratus.

Perdana Menteri juga memaklumkan kepada pelabur Amerika Syarikat bahawa “kerajaan mengetahui yang terbaik” telah berlalu dan menjadi sebab kenapa beliau mengadakan Program Transformasi Kerajaan atau GTP. Sasarannya adalah untuk menjadikan penyampaian kerajaan bagi perkhidmatan awam lebih efektif dan menggerakkan Malaysia ke hadapan untuk menjadikannya maju, bersatu dan masyarakat saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua,” kata beliau.

Selain itu, ekonomi juga melalui transformasi dengan 12 bidang utama yang telah dikenal pasti untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mengadakan 131 Projek Titik Permulaan (EPP) bagi memulakan pembangunan di seluruh sektor.

3.      Hubungan Bilateral

Selain Hubungan bilateral dengan negara China, Malaysia juga menjalankan hubungan bilateral dengan Amerika Syarikat. Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat sering dilihat sebagai hubungan antara kuasa besar dengan negara kecil dari sebuah negara Islam. Semasa Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan negara Rusia dan China, Amerika dilihat sebagai pelindung kepada negara kecil seperti Malaysia. Hubungan antara kedua-dua negara ini diklasifi kasikan sebagai intim dan erat. Rakyat dan pemimpin antara kedua-dua negara saling kunjung-mengunjungi ini dapat dilihat melalui kunjungan presiden Amerika Syarikat Barrack Obama ke Malaysia baru-baru ini.

kehadiran Obama telah meningkatkan keyakinan pelabur, terutama di kalangan pemain industri Amerika syarikat bahawa Malaysia menawarkan persekitaran kondusif untuk perniagaan hasil daripada kestabilan politik.

4.      Malaysia sebagai destinasi Pelaburan Langsung Asing (FDI)

Pelabur Amerika Syarikat yakin terhadap Malaysia sebagai destinasi Pelaburan Langsung Asing (FDI), banyak syarikat multinasional Amerika membuka operasi masing-masing di Malaysia, di Greater Kuala Lumpur. Malaysia mencatat kemasukan US$10.16 bilion FDI pada 2012 dan mengekalkan kedudukannya sebagai penerima FDI ketiga terbesar di Asean, dalam Laporan Pelaburan Dunia 2013 oleh Persidangan Pembangunan dan Perdagangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD).

UNCTAD juga meletakkan Malaysia di tangga ke-11 antara 20 ekonomi dengan keuntungan tertinggi FDI. Pelabur dalam pasaran Malaysia turut memperoleh manfaat daripada dasar-dasar perlindungan pelabur yang kukuh, yang disahkan berdasarkan ranking Malaysia di tangga keempat dalam Indeks Perlindungan Pelabur - 'World Bank's Doing Business 2013'.

5.      KESIMPULAN

Seperti yang kita ketahui sistem ekonomi dunia terbahagi kepada beberapa kategori utama iaitu ekonomi pasaran, ekonomi arahan dan ekonomi campuran. Walau bagaimanapun, terdapat variasi tanpa had setiap jenis. Sistem ekonomi mesti menentukan apa untuk dihasilkan, bagaimana untuk menghasilkannya dan untuk siapa ianya dihasilkan. Dalam ekonomi pasaran sumber-sumber negara dimiliki atau dikawal oleh sektor swasta bukan sektor awam. faktor utama yang membuat ekonomi pasaran berjaya adalah kuasa pembeli. Pembeli berhak menentukan kuasa untuk membeli dan harga dalam sistem ekonomi ini ditentukan oleh permintaan dan penawaran.

Ekonomi arahan atau ekonomi perancangan berpusat pula adalah satu sistem dimana aktiviti ekonomi, harga keputusan ditentukan oleh kerajaan dimana kerajaan memiliki dan mengawal semua sumber negara. di bawah ekonomi ini, kerajaan menganggap diri mereka lebih layah untuk menentukan pengagihan sumber-sumber berbanding rakyat atau peniaga. Ekonomi campuran ialah pasaran sosialisme dimana negara mempunyai sumber yang sinifikan tetapi pengagihan sumber akan dikawal oleh mekanisma harga pasaran dan harga ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran

Terdapat empat faktor luar yang mempengaruhi kejayaan perniagaan antarabangsa iaitu polisi politik dan undang-undang, faktor budaya, kuasa ekonomi dan pengaruh ekonomi.   

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN


PENGENALAN 

            Apabila disebut perkataan “kontrak”, ada pihak membayangkan ianya satu bentuk dokumen bercetak yang mengandungi peruntukan-peruntukan tertentu serta perlu ditandatangani dan disaksikan dengan sempurna. Mereka menbayangkan kontrak sebagai suatu yang tiada kaitan rapat dengan kehidupan mereka, bahkan ia jarang-jarang dilakukan. Mereka beranggapan bahawa urusan kontrak sebagai urusan peguam yang tidak perlu diendahkan oleh orang awam.
Sebenarnya kontrak adalah perkara yang kerap kita lakukan dalam kehidupan seharian. Setiap hari tanpa kita sedar atau tidak, kita telah terikat dengan sesuatu kontrak melalui transaksi urusniaga. Sebagai contoh yang mudah kita lihat ialah pengguna lebuhraya yang mengguna perkhidmatan mereka telah dikenakan bayaran tol, manakala pengguna yang meletakkan kenderaan dikenakan bayaran parking oleh Majlis daerah dan sebagainya lagi. Takrif atau maksud kontrak mengikut AK 1950 boleh dirujuk untuk kita lebih memahami dengan lebih jelas istilah ini, menurut Seksyen 2(h) kontrak boleh didefinisikan sebagai sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah kontrak, manakala menurut buku kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat pula telah mendefinisikan kontrak sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.
Oleh itu, seseorang itu perlu memastikan bahawa sesuatu perjanjian yang dicapai adalah sah bagi membolehkan ianya dikuatkuasakan di sisi undang-undang sebagai suatu kontrak yang mengikat. Sekiranya sesuatu perjanjian yang dicapai tidak dikuatkuasakan, maka pihak-pihak terlibat tidak akan mendapat bantuan mahkamah sekiranya mengalami kerugian atau kegagalan. Soalan yang sering diajukan, adakah kontrak itu suatu perjanjian? Untuk lebih memahami persoalan itu kita boleh merujuk kepada Seksyen 10(1) yang memperuntukkan bahawa “semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan akta ini bahawa ianya batal”.

Sesuatu kontrak terbentuk samada secara mudah atau kompleks. Pembentukan kontrak mudah tidak melibatkan formaliti tertentu. Contoh kontrak mudah ialah kontrak yang dibuat secara lisan atau tersirat daripada perlakuan pihak-pihak yang berkontrak. Bentuk kontrak yang bersifat kompleks pula ialah kontrak yang dibuat dengan teliti dan secara bertulis. Contoh yang jelas ialah kontrak jual beli rumah yang dimasuki oleh pembeli dan pemaju perumahan di mana dokumen-dokumen tertentu diperlukan.

ELEMEN-ELEMEN SAH KONTRAK

Kebanyakan undang-undang di Malaysia termasuk undang-undang kontrak adalah dipengaruhi oleh Common-Law Inggeris. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengaruh inggeris yang wujud semasa tempoh penjajahan mereka di Tanah Melayu dan Borneo sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dan wujudnya Malaysia. Kebanyakkan undang-undang inggeris adalah di bawa bagi tujuan komesial atau perdagangan bagi memudahkan saudagar-saudagar British yang berdagang di Tanah Melayu pada ketika itu. Antara yang terawal di bawa masuk dan digunakan adalah undang-undang kontrak mereka.
Meskipun Malaysia kini mempunyai perundangan kontraknya sendiri iaitu Akta Kontrak 1950 (Akta 136), namun secara asasnya prinsip undang-undang inggeris yang digunakan. Akan tetapi ia telah diubahsuai agar sesuai dengan keadaan tempatan. Akta kontrak ini adalah berasaskan Akta Kontrak India 1872 yang juga merupakan satu kodfikasi dari Common-Law Inggeris. Akta 136 adalah satu perundangan  terpenting bagi hal-hal komersial di Malaysia.
Selain Akta Kontrak 1950, mahkamah juga akan merujuk kepada keputusan-keputusan kes atau judicial precedent. Namun, pengguna “case law” ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam seksyen 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Sebagaimana di dalam Common-Law, undang-undang kontrak di Malaysia turut mengariskan keperluan yang perlu wujud dalam sesuatu kontrak. Prinsip asas dalam undang-undang kontrak adalah bagi satu kontrak itu wujud, maka perlu wujud perjanjian yang sah boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang terlebih dahulu.
Sesuatu kontrak itu hanya boleh berkuat kuasa apabila memenuhi elemen-elemen utamanya. Pada dasarnya, setiap kontrak perlu mempunyai elemen-elemen berikut :
1.      Tawaran
-          Apabila seseorang menyatakan kesediaannya untuk mengikat kontrak terhadap satu pihak lain.
2.      Penerimaan
-          Apabila orang kepadanya tawaran ditujukan membuat penerimaan terhadap tawaran tersebut.
3.      Balasan
-          Sesuatu nilai yang perlu dibayar bagi setiap janji yang telah dibuat.
4.      Keupayaan
-          Setiap pihak yang berkontrak perlu mempunyai keupayaaan untuk mengikat kontrak. Individu berkenaan haruslah seorang dewasa mengikut Akta Umur Dewasa 1971 dan sempurna akal semasa kontrak dipersetujuai.
5.      Niat
-          Setiap pihak yang berkontrak perlu mempunyai niat mewujudkan hubungan di sisi undang-undang bermaksud mereka akan terikat dengan tanggungjawab di bawah kontrak.
6.      Kerelaan bebas
-          Seseorang itu dikatakan tidak memberikan kerelaan bebas untuk berkontrak jika dia dipengaruhi oleh unsur-unsur seperti paksaan, pengaruh tak berpatutan, penipuan, salahnyata dan khilaf semasa dia berkontrak.
7.      Ketentuan
-          Sesuatu kontrak haruslah mengandungi syarat yang jelas maknanya dan tidak kabur.
8.      Tujuan yang sah
-          Sesuatu kontrak yang dibuat haruslah untuk sesuatu perkara yang tidak menyalahi undang-undang.
Lapan elemen ini adalah rukun asas kontrak. Jika tidak ada salah satu daripanya, perjanjian itu tidak boleh dianggap sebagai kontrak yang sah dan berkuat kuasa. Selagi persetujuan itu tidak memenuhi kelapan-lapan elemen tadi, maka ianya belum boleh dianggap sebagai kontrak.

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK

1.      TAWARAN
Tawaran boleh didefinasikan sebagai cadangan. Ia ditakrifkan mengikut seksyen 2(a)  AK 1950 iaitu apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seseorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu, dengan maksud atau memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.
Berdasarkan takrif ini boleh disimpulkan bahawa tawaran akan wujud apabila pembuat tawaran, sama ada melalui perbuatan atau perkataan menyatakan kesediaannya untuk mengikat dengan kontrak sebaik sahaja tawarannya diterima oleh orang yang tawaran berkenaan ditujukan.
Tawaran menyebabkan pihak membuat tawaran mendedahkan dirinya dengan ikatan kontrak. Sebaik sahaja pihak yang ditujukan tawaran itu menyatakan penerimaan, pihak pembuat tawaran akan terus mengikat dengan kontrak. Ikatan ini adalah ikatan kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Sebagai contoh, Haikal berkata kepada Fahmi “saya ingin membeli telefon bimbit anda dengan harga RM2,100.” Fahmi menjawab, “saya bersetuju menjualnya dengan harga yang dinyatakan.” Di sini Haikal telah membuat cadangan atau tawaran kerana penyataannya berbentuk satu kesediaan hendak berkontrak. Apabila Fahmi memberikan jawapan, penerimaan telah berlaku dan Haikal sudah terikat dengan kontrak. 

BENTUK-BENTUK TAWARAN  

Bentuk tawaran adalah sama ada secara lisan, tulisan, perbuatan ataupun kombinasi. Bagi kontrak yang besar dan melibatkan jumlah wang yang banyak, cadangan sewajarnya berlaku secara tulisan kerana ia lebih mudah bagi dibuktikan apabila berlakunya pertikaian. Tawaran tetap boleh dilakukan secara lisan. Namun begitu, apabila berlaku pertikaian, kewujudan tawaran ini agak sukar dibuktikan. Tawaran juga boleh dilakukan secara perbuatan yang tidak melibatkan sebarang tulisan ataupun percakapan.
Sebagai contoh, Ali mengambil 10 biji gula-gula lalu menunjukkan gula-gula itu kepada penjual dan membayar 50 sen. Perbuatan Ali menunjukkan 10 biji gula-gula itu secara simboliknya menunjukkan yang dia ingin membeli gula-gula itu. Perbuatan ini adalah suatu tawaran atau cadangan. Perbuatan penjual menerima bayaran dari Ali adalah tanda penerimaan kepada tawaran Ali.

PELAWAAN TAWARAN 

            Pelawaan tawaran adalah penyataan yang seakan-akan tawaran tapi bukan tawaran. Kenyataan ini kelihatan seperti tawaran atau cadangan kerana situasi yang wujud dan perkataan yang digunakan adalah hampir sama. Walaubagaimanapun, pada hakikatnya ia bukan satu tawaran.
            Antara contoh situasi yang mewujudkan pelawaan tawaran ialah :

a)      Iklan dalam surat khabar ditujukan secara umum
-          Secara umumnya, pengiklanan ialah satu pelawaan tawaran. Sesuatu iklan untuk jawatan kosong dalam akhbar merupakan pelawaan tawaran dan permohonan dihantar, atau jawapan kepada iklan berkenaan sebenarnya yang merupakan tawaran apabila permohonan tersebut diterima, barulah wujud kontrak yang mengikat.

b)     Peragaan barang
-          Memperagakan barang bermaksud meletakkan barangan pad arak-rak di dalam kedai-kedai terutamanya pasar raya. Biasanya, barang-barang itu ditandakan dengan harga. Pelanggan perlu memilih dan mengambil sendiri barangan yang mereka ingini dan membawa ke kaunter pembayaran. Tindakan memperagakan barangan bukan satu tawaran. Tawaran hanya berlaku apabila pembeli membawa barang ke kuanter untuk dibeli. Penerimaan berlaku apabila penjual memasukkan barangan itu dalam senarai jualan dan mengambil wang dibayar oleh pembeli.

c)      Jualan secara lelong awam
-          Lelongan biasanya bermula dengan tindakan pelelong menyatakan harga pembukaan dan memberikan peluang kepada orang ramai bagi membuat harga yang tinggi. Tindakan pelelong membuka tawaran harga ini hanyalah satu pelawaan tawaran dan bukan satu tawaran.  
-          Tawaran hanya dilakukan oleh pihak yang mengemukakan harga. Setiap pihak yang menyebut harga yang mereka ingini membuat tawaran kepada pelelong sehingga sampai kepada harga tertinggi dan kemampuan pihak tersebut. Apabila tiada lagi pihak yang membuat tawaran maka pelelong akan mengetuk tukul sebagai tanda penerimaan.

PEMBATALAN TAWARAN

            Seksyen 6, Akta kontrak 1950 menyenaraikan empat cara yang membuatkan sesuatu tawaran dibatalkan.
a)      Penolakan
-          Penolakan yang dibuat oleh pihak yang ditujukan tawaran itu secara khusus. Penolakan ini menjadikan tawaran itu tidak lagi wujud. Pihak itu tidak lagi dapat membuat penerimaan selepas dia membuat penolakan. Jika pihak yang ditujukan tawaran itu kemudiannya berhasrat hendak ‘menerima’ selepas penolakan dibuat, maka ‘penerima’ itu sebenarnya satu cadangan yang baru.
-          Sebagai contoh, Ali membuat tawaran kepada Abu '' saya ingin membeli komputer riba anda dengan harga RM1000.'' Abu menjawab, ''saya tidak berminat untuk menjualnya kepada anda.'' Keesokan harinya, Abu berjumpa dengan Ali dan menyatakan, ''saya bersetuju menjualnya kepada anda dengan harga seperti yang ditawarkan kelmarin.'' Belum wujud kontrak yang sah kerana tawaran Ali sudah ditolak oleh Abu. 'penerimaan' Abu pada hari berikutnya adalah satu tawaran baru kepada Ali. Terpulang kepada Ali mahu menerima ataupun tidak.

b)     Luput waktu atau masa
-          Seksyen 6 (b), Akta kontrak 1950 menyatakan, sesuatu tawaran itu akan terbatal dengan luputnya masa yang sudah ditetapkan dalam cadangan itu berkenaan penerimaannya, ataupun apabila masa tidak ditetapkan sedemikian, ia akan tamat dengan luputnya masa yang munasabah, tanpa komunikasi penerimaan itu. Ini bermakna, jika masa penerimaan dinyatakan dalam tawaran, maka tawaran itu akan tamat selepas habis tempoh yang dinyatakan.

c)      Kegagalan menenuhi syarat dalam tawaran
-          Sesetengah tawaran menyebut berkenaan syarat tertentu sebelum penerimaan boleh dilakukan. Jika syarat ini gagal untuk dipenuhi dalam waktu munasabah, maka dengan sendirinya tawaran akan tamat.  
-          Sebagai contoh, syarikat Ah Meng menawarkan kerja kepada Muthu dengan syarat beliau lulus dalam peperiksaan bahasa Malaysia SPM. Muthu telah gagal dalam peperiksaan itu, maka tawaran kerja kepada muthu itu tamat.
d)     Mati ataupun gila
-          Apabila pihak yang membuat tawaran mengalami masalah mental (gila) ataupun mati, maka kontrak itu akan tamat kecuali penerima tawaran tidak mengetahui fakta kematian atau gila sebelum penerimaan dibuat.

2.      PENERIMAAN

Definisi penerimaan menurut seksyen 2(b) Akta kontrak 1950 adalah ‘‘ apabila orang kepada siapa tawaran itu dibuat menyatakan persetujuan dengan tawaran berkenaan maka bolehlah dikatakan bahawa tawaran berkenaan diterima : sesuatu tawaran bila diterima, adalah menjadi janji’’.

SYARAT PENERIMAAN

a)      Mutlak dan tidak bersyarat
-          Setiap penerimaan perlulah bertepatan dengan tawaran sepenuhnya. Menurut syeksyen 7 (a), penerimaan perlu muktlak dan tidak bersyarat. Muktlak bermaksud bermaksud tiada sebarang perubahan pada tawaran asal. Segala terma yang dinyatakan dalam tawaran diterima secara keseluruhannya, manakala maksud tidak bersyarat pula adalah dalam penerimaan itu tiada sebarang penambahan ataupun syarat daripada tawaran yang sedia ada.

b)      Secara biasa dan munasabah
-          Sekiranya tawaran menetapkan sesuatu cara untuk diterima, maka penerima harus dilakukan dengan cara yang telah dinyatakan. 

KOMUNIKASI PENERIMAAN

Tawaran dan penerimaan perlu dikomunikasikan dengan sempurna bagi menjadikan sesuatu kontrak itu sah dan berkuat kuasa. Seseorang yang berhasrat hendak membuat penerimaan tidak boleh sekadar membuat pendirian penerimaan tanpa menyatakan secara jelas kepada pembuat tawaran. Penerimaan tawaran boleh berlaku sama ada secara tulisan, liasan, elektronik ataupun perbuatan.
Pada zaman kini, terdapat pelbagai cara untuk berkomunikasi iaitu melalui surat, e-mail, faks, internet, sms, telefon dan sebagainya. Walaupun terdapat pelbagai cara untuk berkomunikasi, pihak yang berkontrak tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kaedah itu. Seksyen 7 (b) memperuntukan bahawa saluran komunikasi perlu munasabah. Munasabah ataupun tidak sesuatu saluran komunikasi itu bergantung kepada budi bicara mahkamah.
Selain itu, seksyen 7 menetapkan, jika pembuat tawaran menyatakan secara khusus bentuk saluran komunikasi penerima yang dikhendaki, maka penerima perlu mematuhi bentuk komunikasi tersebut.

3.      BALASAN

Menurut seksyen 2 (d) Akta kontrak 1950, balasan boleh ditakrifkan, ''menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau sesiapa sahaja uang membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu''.
Secara umumnya, balasan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu balasan eksekutori, balasan tersempurna dan balasan lampau. Pembahagian ini berasakan kepada jenis-jenis kontrak iaitu antara kontrak dua hala dan kontrak satu hala. Selain itu, pembahagian ini juga dibuat mengikut masa balasan itu dibuat.

JENIS-JENIS BALASAN

a)      Balasan eksekutori (executory)
-          Balasan eksekutori (executor consideration) iaitu bagi janji yang dibuat sebagai balasan kepada janji yang lain dan ianya juga boleh ditakrifkan sebagai balasan yang juga dikenali sebagai janji untuk membalas janji atau balasan belum terlaksana. Balasan ini belum terlaksana tetapi akan dilaksanakan sebaik satu pihak lagi melaksanakan janjinya.
-           Sebagai contohnya, Zaidi berjanji hendak menjual lot tanahnya kepada Kamal dengan harga RM45,000. Kamal bersetuju dengan janji itu. Zaidi menyerahkan hak milik tanah itu kepada Kamal dan Kamal membayar RM45,000 kepada Zaidi. Janji penyerahan lot tanah dan wang adalah dua balsan yang berbentuk eksekutori kerana ia dilaksanakan selepas kontrak dibuat.
-           Kebanyakaan kontrak berasaskan balasan eksekutori seperti urus niaga jual beli, sewa, pinjaman, perkhidmatan dan sebagainya biasanya menggunakan balasan eksekutori. Balasan jenis ini tersempurna dan jarang berlaku dalam amalan kontrak.

b)      Balasan tersempurna (executed)
-          Balasan lampau (executed consideration) untuk janji yang dibuat bagi membalas sesuatu yang dilakukan. Balasan ini wujud apabila datu pihak telah melaksanakan janjinya mengikut kontrak. Maka bertanggungjawab wujud terhadap satu pihak lagi untuk melaksanakan janjinya. Janji yang belum dilaksanakan ini juga dikenali sebagai balasan yang akan dilaksana, iaitu janji untuk membalas perbuatan yang telah dilakukan oleh satu pihak lagi.
-          Sebagai contohnya, Alif membuat iklan, ''sesiapa yang menjumpai kucing saya dan memulangkannya akan diberi RM100.'' Aminah yang menjumpai kucing itu dan memulangkan kembali kepada Alif. Beliau telah mendapat habuan sebanyak RM100. Wang RM100 itu merupakan balasan kepada balasan daripada pihaknya yang melaksana apa yang telah diiklankan oleh Alif.

c)      Balasan lepas atau lampau
-          Balasan lampau (past consideration) iaitu balasan yang dibuat sebelum janji dilakukan. Kontrak yang megandungi balasan ini dimulakan dengan balasan yang dibuat secara sukarela oleh satu pihak, diikuti oleh janji daripada pihak lain dan seterusnya pelaksanaan balasan oleh pihak yang berjanji itu. Ini bermakna, balasan itu dilakukan secara sukarela sebelum janji dibuat. Janji yang dibuat seolah-olah sebagai hadiah ataupun ganjaran atas apa yang sudah dilakukan.
-          Sebagai contohnya Bella telah menjumpai kad pengenalan kepunyaan Ayu dan menyerahkannya kepada Bella. Bella kemudian berjanji memberikan ganjaran RM50 kepada Ayu. Janji Bella untuk membalas perbuatan Ayu yang telah dilakukan dan merupakan balasan lampau.
4.      KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK (CAPACITY)
Setiap pihak yang ingin berkontrak haruslah mempunyai keupayaan untuk untuk berkontrak dari segi undang-undang. Menurut seksyen 10 AK 1950 memperuntukan semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut ordinan ini bahawa ianya batal.
Manakala menurut seksyen 11 pula memperuntukan tentang orang yang lain untuk berkontrak iaitu setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak  menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.
GOLONGAN YANG LAYAK UNTUK BERKONTRAK
 
Tidak semua pihak yang layak untuk berkontrak. Menurut Seksyen 11, Akta Kontrak 1950, terdapat 3 golongan yang layak untuk berkontrak iaitu :
a)      Dewasa
-          Menurut Akta Umur dewasa 1971, umur belum dewasa bagi semua lelaki dan perempuan ialah dan adalah terhad kepada 18 tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu ialah umur dewasa di Malaysia.
-          Semua perhitungan umur di bawah akta ini adalah mengikut kiraan kelendar Gregory. Pada menghitung umur seseorang, hari orang itu dilahirkan hendaklah dikira sebagai satu hari penuh, dan dia hendaklah disifatkan telah mencapai umur 18 tahun pada permulaan ulang tahun kelapan belas hari itu.
-          Majlis Penasihat Raja (Privy Council) telah sebulat suara memutuskan bahawa seksyen 10 dan 11 daripada AK1950 India, seseorang remaja tidak boleh membuat kontrak yang sah.
Terdapat 5 pengecualian kepada prinsip tersebut iaitu :
                                                                    i.            Kontrak keperluan hidup
                                                                  ii.            Kontrak biasiswa
                                                                iii.            Kontrak perkahwinan
                                                                iv.            Kontrak insurans
                                                                  v.            Kontrak latihan (apprenticeship) 
b)     Berakal sempurna
-          Sempurna akal dihuraikan dalam Seksyen 12 AK 1950 yang menjelaskan bahawa seseorang yang dikatakan berakal sempurna untuk maksud membuat kontrak jika, pada masa ia membuat kontrak berkenaan, ia berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.
-          Akta kontrak membezakan antara mereka yang mempunyai masalah mental berkekalan dan masalah mental sementara.  Mereka yang tidak berakal sempurna secara tidak tetap iaitu kadangkala siuman dan kadangkala tidak siuman boleh membuat kontrak semasa siuman sahaja. Keadaan ini berlaku terutamanya dalam kes demam yang meracau ataupun mabuk akibat minum minuman keras, dadah ataupun sebagainya.
c)      Tidak hilang kelayakan
-          Untuk membentuk satu kontrak yang sah juga, seseorang itu haruslah tidak hilang kelayakan untuk berkontrak mengikut sebarang undang-undang yang akan tertakluk. Hilang kelayakan bermaksud pihak yang diiktiraf oleh undang-undang sebagai tidak lagi layak untuk terlibat dalam sebarang urus niaga dan kontrak seperti mereka yang diisytiharkan muflis. Orang muflis adalah penghutang yang mana hartanya dipegang oleh pemegang amanah bagi diagih-agihkan kepada para pemiutang selepas dia diisytiharkan bankrap oleh makamah.
CADANGAN UNTUK PERUBAHAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA BERKAITAN DENGAN EMPAT ELEMEN YANG DIBINCANGKAN

1.      Keterbatasan Akta Kontrak 1950 Di dalam Urusan Kontrak Pengguna
Akta ini kurang memberi perlindungan kepada pengguna. Keadaan ini bertambah berat dengan kemunculan pelbagai bentuk dan cara berkontrak yang memberi kesan dengan tersebar luasnya penggunaan teknologi dalam urusan kontrak masa kini. Undang-undang kontrak di Malaysia boleh dikatakan boleh berfungsi sebagai satu lesen bagi satu-satu pihak untuk mengeksploitasi kelemahan yang lain
Cadangan agar akta ini dikaji semula terutama mengenai fungsi Akta Kontrak itu sendiri yang sepatutnya berfungsi sebagai satu platform untuk memperkembangkan hubungan yang dibina atas dasar kepercayaan dan bukannya mengesahkan keuntungan jangka pendek. Sepatutnya undang-undang kontak harus memperkukuh dan membayangkan satu etika kerjasama dan bukannya individualistic seperti diaplikasikan sekarang ini.
2.      Ciri Akta Kontrak Menunjukkan Skop Yang Tidak Menyeluruh
Perkara ini telah menimbulkan pelbagai persoalan. Kepincangan Akta ini jelas kelihatan dalam peruntukannya yang tidak menyentuh tentang isi kandungan sesebuah kontrak. Kes ini pernah dibangkitkan dalam penulisan Visu Sinnadurai (1987). Akta ini tidak mempunyai atau mengandungi apa-apa peruntukan yang menyatakan secara khusus tentang isi kandungan sesuatu kontrak. Peruntukkan tidak dibuat mengenai pengkelasan terma-terma di dalam kontrak. Akta ini juga membisu tentang sama ada pihak-pihak adalah secara tegasnya terikat oleh terma nyata kontrak atau samada terma tertentu boleh disiratkan. Tiada peruntukan khusus yang mengawal kandungan atau terma kontrak. Cadangan agar dipinda dan ditambah satu peruntukan khusus yang mengawal kandungan atau terma-terma kontrak yang dibuat agar ianya jelas dan memberi keadilan kepada semua pihak yang sukarela berkontrak
Cadangan agar akta ini dikaji semula terutama mengenai fungsi Akta Kontrak itu sendiri yangsepatutnya berfungsi sebagai satu platform bagi memperkembangkan hubungan yang dibina atasdasar kepercayaan dan bukannya mengesahkan keuntungan jangka pendek. Sepatutnya undang-undang kontak harus memperkukuh dan membayangkan satu etika kerjasama dan bukannya individualistic seperti diaplikasikan sekarang ini.
3.      Tekanan  globalisasi
Memang tidak dapat dinafikan undang-undang kontrak Malaysia kini diganggu gugat oleh tekanan-tekanan globalisasi. Ia memberi kesan yang besar khususnya dunia perdagangan. Dizaman yang serba canggih, dengan penaklukan teknologi digital di dunia perdagangan tempatan dan antarabangsa disertai dengan kecanggihan sistem komputer, telekomunikasi dan teknologi maklumat, kita melihat satu pasaran elektronik yang baharu dan sedang berkembang di seluruh dunia.
Undang-undang kontrak amnya, di dalam keadaan sekarang ini, sebenarnya masih belum bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang akan diharungi. Terutamanya dalam usaha atau memberikan perlindungan dan menjaga kepentingan pengguna di dalam kontrak. Penggubalan Akta Perdagangan Elektronik masih belum mencukupi dan tidak mampu menyelesaikan masalah perlindungan yang diperlukan oleh pengguna siber.
KESIMPULAN

Akta Kontrak 1950 pada asasnya berperan melindungi pengguna dalam urusan perdagangan dan urus niaga lain dalam kehidupan seharian. Terdapat lapan elemen utama yang menjadi asas kepada sesebuah kontrak yang sah dan boleh berkuatkuasa. Ini termasuklah tawaran, penerimaa, balasan, niat, kelayakan pihak yang berkontrak, ketentuan atau kejelasan, kerelaan bebas dan kesahihan.

Perkembangan dalam globalisasi dan urusniaga memaparkan kekurangan yang terdapat di dalam Akta Kontrak 1950. Oleh yang demikian, usaha dan cadangan penambahbaikan perlu dilaksana dari masa ke semasa. Ini termasuklah melakukan kajian dan semakan semasa terhadap kes-kes lampau yang berkaitan dengan akta ini secara langsung, perbahasan dan sumbang saran daripada tenaga akademik dan ahli perundangan, serta sikap proaktif dan kebertanggungjawab para menteri dalam menggubal dan menguatkuasakan pindaan dan seksyen serta peruntukan baru dalam Akta Kontrak 1950.